Dua dikhuatiri lemas dihanyut ‘kepala air’

Dua dikhuatiri lemas dihanyut 'kepala air'
Anggota bomba bersiap sedia menyelamatkan mangsa yang terperangkap di sungai Kampung Pogunon, Penampang.

Dua dikhuatiri lemas dihanyut ‘kepala air’

PENAMPANG: Kegembiraan enam sekawan mandi sungai bertukar tragedi apabila dua dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di sungai Kampung Pogunon, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, dua mangsa yang dilaporkan belum ditemui dikenali sebagai Harold Walter dan Tomansi Olaf, masing-masing berusia 17 tahun.

Empat lagi mangsa yang terselamat turut dikatakan berdepan detik cemas apabila terperangkap di sungai berkenaan.

Difahamkan, sebelum tragedi berlaku, keenam-enam mangsa cuba menyeberangi sungai itu, namun ketika empat remaja terselamat sudah menyeberangi sungai berkenaan, berlaku kejadian ‘kepala air’ yang deras sehingga mengakibatkan paras air naik mendadak.

Dua lagi mangsa yang masih berada di tengah sungai dilaporkan terus hanyut dan cuba diselamatkan seorang daripada rakan mereka.





Bagaimanapun, sebaik gagal mengesan kedua-dua rakannya, remaja terbabit dikatakan terus menyeberangi sungai dan meminta pertolongan penduduk kampung termasuk menghubungi pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.10 petang.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kami menerima panggilan memaklumkan dua remaja lelaki dipercayai lemas, manakala empat orang masih terperangkap di sungai berkenaan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Susulan itu, pasukan operasi bergegas ke lokasi dan semua remaja berusia 17 tahun terbabit berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.





Zeno berkata, setakat ini, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa hilang masih dijalankan dengan kaedah ‘surface rescue’.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Operasi pencarian turut dibantu polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan penduduk kampung.

Lelaki maut dihanyut arus deras bersama kereta





Dua dikhuatiri lemas dihanyut ‘kepala air’

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker