ELISYA SANDHA SELAMAT BERSALIN
SHEILA RUSLY TIMANG CUCU PEREMPUAN
ELISYA SANDHA SELAMAT BERSALIN
“Saya sangat gembira dan bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tiada komplikasi setakat ini. Insya-Allah saya akan jaga Elisya dalam pantang dan dibantu besan Mama Sandha,” demikian kata pelakon dan penerbit Sheila Rusly, 51, yang meluahkan rasa syukur dan sangat teruja apabila selamat menimang cucu dan menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.
Menantunya, pelakon Elisya Sandha, 23, selamat melahirkan anak sulung perempuan hasil perkahwinannya dengan Uzair Haqimy, 26, pada jam 8.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini.
Sebelum kelahiran itu, Shiela ada berkongsi dia juga orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapan cucu perempuannya. Menurutnya, dia ada mimpi cucunya lahir dan terus bagi nama. Katanya, dia akan gunakan nama itu dan hanya akan dikongsikan Elisya serta suaminya selepas dilahirkan.
Untuk makluman, Elisya yang merupakan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu mendirikan rumah tangga bersama Uzair atau Haq pada Ogos tahun lalu.
SHEILA RUSLY TIMANG CUCU PEREMPUAN
Disyorkan Untuk Anda :
- Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera
- Muhyiddin Nafi Terima RM1.3 Juta Dari UKSB
- PAS Perlu Lebih Fokus Tentang Masa Hadapan Parti, Bukan Campurtangan Urusan UMNO
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak