Indonesia bersedia hadapi gelombang baharu COVID-19

Indonesia bersedia hadapi gelombang baharu COVID-19
Orang ramai berdiri di hadapan papan tanda mengingatkan mereka memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan COVID-19, ketika berbaris bagi membeli barangan keperluan harian di Bandung, Indonesia. – Foto AFP

Indonesia bersedia hadapi gelombang baharu COVID-19

JAKARTA: Pihak berkuasa kesihatan Indonesia bersedia bagi kemungkinan gelombang baharu jangkitan COVID-19 berikutan pengesanan penularan tempatan pertama di negara itu bagi subvarian Omicron, BA.4 dan BA.5.

Dua subvarian itu dilaporkan lebih mudah berjangkiti berbanding varian Omicron dan sudah merebak ke sekurang-kurangnya puluhan negara, termasuk Afrika Selatan, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Indonesia menyaksikan peningkatan kes COVID-19 sejak tiga minggu lalu, dengan kes mingguan meningkat dua kali ganda kepada 3,600 kes minggu ini, berbanding 1,800 kes pada akhir Mei lalu.

Bilangan kes aktif juga meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh sama, daripada 2,900 kepada 6,007 kes manakala Rabu lalu, Indonesia melaporkan 1,242 kes baharu COVID-19, tertinggi sejak April 2022.





Jurucakap COVID-19 Kebangsaan, Wiku Adisasmito, berkata beberapa faktor menyebabkan lonjakan kes baru-baru ini, termasuk peningkatan mobiliti awam, disiplin lemah dalam mengikuti protokol kesihatan dan penyebaran subvarian baharu Omicron.

“Setakat ini, kami tidak dapat menentukan punca sebenar peningkatan kes, namun sejak lima minggu lalu, kami melihat peningkatan dalam mobiliti awam kerana aktiviti kembali normal secara berperingkat.

“Kami juga mendapati orang ramai mula mengurangkan kawalan terhadap virus itu,” katanya.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 





Walaupun terdapat peningkatan dalam mobiliti awam dan sekatan dilonggarkan, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, mengaitkan sebahagian besar peningkatan dalam penularan baru-baru ini dengan penyebaran subvarian BA.4 dan BA.5.

“Setiap kali melihat lonjakan ketara dalam jangkitan di seluruh dunia, ia biasanya disebabkan oleh kemunculan varian baharu COVID-19.

“Subvarian BA.4 dan BA.5 memacu lonjakan kes di banyak negara, jadi kami pasti ia juga adalah punca peningkatan jangkitan baru-baru ini,” katanya.

Budi meramalkan beban kes harian semasa kemuncak gelombang BA.4 dan BA.5 boleh mencapai kira-kira 20,000 kes sehari, hampir satu pertiga daripada puncak gelombang Omicron iaitu sekitar 60,000 kes harian.

Isnin lalu, Kementerian Kesihatan merekodkan empat kes penularan tempatan subvarian BA.4 dan BA.5 di Jakarta dan Bali, menjadikan jumlah kes disahkan subvarian baharu itu kepada lapan.





Budi berkata, negara masih berada di bawah penularan komuniti tahap 1 mengikut petunjuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan COVID-19 masih terkawal.

“Penularan komuniti kekal pada satu kes bagi setiap 100,000 orang seminggu, lebih rendah daripada penanda aras WHO sebanyak 20 kes. Kadar positif kita berada pada 1.36 peratus, juga lebih rendah berbanding nilai ambang WHO sebanyak lima peratus,” katanya.

Subvarian BA.4 dan BA.5 pertama kali dikesan di Afrika Selatan awal tahun ini, dan setakat ini, masing-masing dikesan di 61 dan 65 negara. WHO mengisytiharkan kedua-duanya adalah varian membimbangkan pada 12 Mei lalu.

Data awal menunjukkan subvarian itu lebih mudah menjangkiti berbanding varian asal Omicron dan menyumbang kepada lonjakan jangkitan COVID-19 di beberapa negara, termasuk Afrika Selatan, Chile dan Portugal.

Kajian mendapati subvarian baharu boleh memintas imuniti daripada jangkitan dan vaksinasi terdahulu, walaupun tiada bukti ia menyebabkan gejala lebih teruk. – AGENSI





72 peratus COVID-19 di AS adalah subvarian Omicron BA.2

Indonesia bersedia hadapi gelombang baharu COVID-19

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker