Jakarta sekali lagi catat kualiti udara paling buruk

Jakarta sekali lagi catat kualiti udara paling buruk
Gambar fail menunjukkan pencemaran di ruang udara Jakarta, Indonesia. – Foto AFP

Jakarta sekali lagi catat kualiti udara paling buruk

JAKARTA: Agensi data kualiti udara antarabangsa, IQAir, meletakkan ibu negara Indonesia, Jakarta sebagai kawasan yang mempunyai kualiti udara paling buruk di dunia, lapor portal berita Detik.com.

Pendedahan itu dibuat oleh IQAir menerusi laman sesawang rasminya bagi cawangan Indonesia ketika kualiti udara mencapai indeks 160.

Menurut standard kualiti udara Amerika Syarikat (AS), indeks 151 hingga 200 adalah tergolong sebagai kategori udara sangat tidak sihat.

Kepekatan zarah halus (PM) berbahaya iaitu PM 2.5 dalam udara di Jakarta adalah 14.6 kali ganda lebih tinggi daripada piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).





PM 2.5 adalah partikel debu kotor halus yang boleh memasuki saluran darah dan paru-paru manusia.

Sehubungan itu, IQAir menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka, memasang penapis udara dan menutup tingkap selain jangan keluar rumah jika tidak perlu.

Ini adalah kali kedua daerah khusus ibukota (DKI) Jakarta berada di kedudukan pertama dalam kategori bandar dengan udara paling kotor di dunia bagi minggu ini saja selepas Rabu lalu, dengan capaian indeks 188.

Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria menyatakan, peningkatan jumlah kenderaan dipercayai menjadi faktor meningkatnya tahap pencemaran udara.

 






Disyorkan Untuk Anda :


 

“Keadaan di Jakarta kembali sesak kerana kehidupan sudah kembali normal selepas dua tahun sekatan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Agensi Alam Sekitar DKI (DLH) melaporkan suhu persekitaran yang rendah dan kadar kelembapan tinggi, umpamanya pada Rabu 15 Jun lalu, menyebabkan bahan cemar bertambah, menyebabkan pencemaran di ibu negara.

Menurut anggaran Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) pula suhu udara Jumaat lalu di DKI Jakarta berada pada julat minimum 25 hingga maksimum 32 darjah Celsius, dengan kadar kelembapan minimum antara 75 hingga 100 peratus. – AGENSI

IQBAL MAHU CARI RUMAH DI JAKARTA HARGA RM4 JUTA





Jakarta sekali lagi catat kualiti udara paling buruk

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker