LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI

"BUDAK SEKARANG SANGAT MANJA, TEGUR SIKIT TAK NAK KERJA"

LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI

LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI

“Bukan saya cerewet pilih pekerja, sebab semua pekerja boleh dilatih. Sekarang ini saya perlukan 10 orang pekerja lagi dan mungkin akan ambil orang asli sebagai pekerja. Sebab sekarang ini susah nak cari pekerja. Macam-macam perangai… budak-budak sekarang sangat manja. Bila esok kena tegur sikit, dah tak nak datang kerja.

“Sakit kepala sikit, dah tak boleh kerja. Tak macam kita dulu, tak ada transport tetap cari jalan untuk pergi kerja. Bagi saya, orang bagi alasan macam itu susah nak berjaya,” demikian ujar pelakon Lana Nodin yang akui sukar mendapat kakitangan di kedai kek miliknya, dek kerana itu dia merancang untuk mengambil Orang Asli sebagai pekerja bagi melancarkan operasi.

Pada Mac lalu, Lana berkongsi berita gembira apabila dapat membuka sebuah kedai roti dan kek miliknya iaitu Lana’s Bakery Land. Menurutnya, Lana’s Bakery Land juga menjual produk bakeri siap dimasak termasuk air tangannya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.





LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI


Disyorkan Untuk Anda :


 

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, dia enggan melayan karenah segelintir pekerjanya yang suka memberi pelbagai alasan. Berkongsi mengenai cara kerjanya, Lana memberitahu dia seorang majikan yang sangat tegas namun dalam masa yang sama boleh menjadi seorang kawan.

“Pekerja saya cakap, saya ini seorang yang tegas. Saya akan bising kalau apa yang mereka buat tidak betul. Tapi bila semua okay, saya boleh saja jadi seperti kawan.

“Boleh bergurau juga. Tapi bab kerja tak betul, memang saya akan tegur… mereka pun dah tahu cara kerja saya macam mana. Ramai pekerja yang masih bekerja dengan saya ini memang mereka nak kerja dan menambah ilmu,” katanya.





LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI

LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI

LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI

LANA NODIN MINTA NETIZEN BERSANGKA BAIK





LANA NODIN RANCANG AMBIL PEKERJA ORANG ASLI

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker