LISDAWATI – RUMAH ROSAK DILANDA RIBUT

BERSYUKUR TIADA KEMALANGAN JIWA

LISDAWATI - RUMAH ROSAK DILANDA RIBUT

LISDAWATI – RUMAH ROSAK DILANDA RIBUT

“Awalnya saya sangka cuaca seperti beberapa hari sebelum ini dengan hujan turun pada waktu petang dan kemudian reda menjelang malam. Situasi malam tadi (kelmarin) sangat berbeza kerana dari dalam rumah kita boleh dengar ribut menderu-deru selain bunyi seakan benda berhentam diterbangkan angin.

“Saya setakat berani mengintai dari tingkap dan nampak angin berpusing. Mujur suami dan anak-anak semua sudah ada di rumah ketika angin semakin kuat sekitar pukul 8.30 malam.

“Selepas reda, kami periksa sekeliling. Ada kerosakan sedikit pada bahagian bumbung. Kereta di depan rumah juga kena hantar bengkel selepas dihempap dahan pokok besar. Apa pun, syukur semua selamat,” demikian tutur pelakon Lisdawati apabila berdepan insiden tidak diingin dimana kereta dihempap dahan, manakala bahagian bumbung tepi rumah tercabut akibat ribut malam semalam.





Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini akui dia terkejut dengan kejadian tersebut, namun bersyukur tiada kecederaan atau babitkan kemalangan jiwa. Katanya, kejadian hujan lebat berserta angin kencang adalah yang pertama kali dihadapi keluarganya sejak berpindah ke kediaman baharu mereka di Melawati, ibu kota sekitar setahun lalu.

Ibu empat cahaya mata itu memaklumkan, lebih tiga jam masa yang diambil untuk mengemas sekitar rumah selain membaiki kerosakan.

“Terima kasih kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang membantu memotong dan mengalihkan dahan. Saya difahamkan sepanjang jalan ke kawasan kejiranan kami memang banyak kejadian pokok tumbang sekali gus menutup laluan. Pagi tadi boleh nampak lagi impak ribut. Alhamdulillah, semuanya sudah dibersihkan,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Menyentuh mengenai kerjaya seni, aktres berusia 43 tahun itu memaklumkan sudah sedia ‘turun’ ke lokasi penggambaran selepas hampir enam bulan menguruskan keluarga di rumah.





Kali terakhir berada di set adalah pada penghujung tahun lalu menjayakan drama bersiri ‘Tarik Aku Ke Syurga’ yang menggandingkan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai watak utama.

Katanya, selepas menyempurnakan drama yang akan mengisi slot Samarinda di TV3 dalam masa terdekat itu dia hanya memperuntukkan masa di rumah. Bukan enggan keluar bekerja, sebaliknya mungkin ada yang menyangka dia belum sedia bekerja selepas ketiadaan pembantu yang baharu berhenti.

“Sejujurnya saya memang mahu sangat bekerja, tetapi dalam tempoh hampir enam bulan ‘berehat’ belum muncul tawaran baharu sedangkan hati sudah bergelodak ingin bekerja.

“Apabila sudah biasa lincah ke sana sini bekerja sambil menguruskan keluarga memang rasa berbeza. Apa pun saya tetap bersyukur dapat penuhi masa dengan anak-anak terutama si kecil yang berusia tiga tahun lebih.

“Ada hikmah sebenarnya duduk rumah. Walaupun tiada lagi pembantu sejak Disember tahun lalu, rasanya tiada masalah kalau saya mahu masuk set sebab keluarga terdekat boleh jagakan mereka sekejap,” jelasnya.





Untuk makluman, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin mendirikan rumah tangga bersama Fauzi Nawawi pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata selain diserikan empat lagi permata hati hasil perkahwinan terdahulu suaminya.

FAUZI & LISDAWATI DAPAT MENANTU LAGI

LISDAWATI – RUMAH ROSAK DILANDA RIBUT


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker