Minta suapan RM1,000, pegawai penguat kuasa kanan direman sehari

Minta suapan RM1,000, pegawai penguat kuasa kanan direman sehari
Gambar hiasan

Minta suapan RM1,000, pegawai penguat kuasa kanan direman sehari

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguat kuasa kanan sebuah agensi ditahan reman selama sehari kerana disyaki meminta rasuah RM1,000 daripada seorang pemilik kedai pada 17 Mei lalu.

Suspek berusia 32 tahun itu meminta wang rasuah sebagai balasan untuk memulangkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) milik pekerja kedai berkenaan.

Perintah reman bermula hari ini sehingga esok dikeluarkan Majistret Syafiqah Noorinda ketika permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Lokap Berpusat Dang Wangi, hari ini.

Sumber berkata, suspek ditahan di sekitar Sentul, kira-kira jam 10 malam tadi.





“Suspek dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM1,000 daripada seorang pemilik kedai sebagai balasan untuk memulangkan kad UNHCR pekerjanya yang diambil ketika pemeriksaan dilakukan di kedainya pada 17 Mei lalu kerana disyaki penagih dadah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pegawai penguat kuasa ditahan minta rasuah

Minta suapan RM1,000, pegawai penguat kuasa kanan direman sehari

 






Disyorkan Untuk Anda :


 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker