Terkejut beli sebiji tembikai RM74.90

Terkejut beli sebiji tembikai RM74.90

Terkejut beli sebiji tembikai RM74.90

Seoul: Tembikai kini ibarat makanan ‘kayangan’ di Korea Selatan berikutan peningkatan harganya di pasaran.

Korea Times melaporkan kenaikan harga itu disedari seorang suri rumah berusia 58 tahun, Kim yang terkejut melihat betapa mahalnya tembikai sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Tembikai buah bermusim kegemaran penduduk Korea Selatan pada musim panas, namun ramai pembeli kini teragak-agak untuk memasukkannya ke dalam bakul beli-belah mereka.





Ia kerana harganya meningkat lebih 30 peratus berbanding setahun lalu, menurut peruncit.

“Harga tembikai menjadi KRW2,000 (RM6.80) hingga KRW3,000 (RM10.20) sekilogram.

“Ia adalah buah kegemaran suami dan anak-anak saya namun harga yang lebih tinggi membuatkan saya berfikir semula untuk membelinya,” kata Kim.

Seorang lagi suri rumah, Lee berkata, dia kini memilih buah-buahan lain berbanding tembikai kerana harganya yang tinggi.

 






Disyorkan Untuk Anda :


 

“Bagaimana sebiji tembikai boleh menjadi KRW22,000 (RM74.90) secara tiba-tiba? Saya tidak pernah membayar wang sebanyak itu untuk makan buah itu. Kini tembikai adalah makanan mewah,” kata Lee.

Perubahan iklim menyebabkan jumlah penghantaran tembikai di negara ini menurun sebanyak empat peratus.

Musim panas tahun ini datang lebih awal daripada jangkaan dan peningkatan permintaan untuk tembikai daripada pengguna menyebabkan harganya meningkat.

Menurut laporan Institut Ekonomi Luar Bandar Korea (KREI) yang dikeluarkan pada Jun lalu, harga domestik tembikai dijangka mencecah antara KRW2,300 (kira-kira RM7.80) dan KRW2,500 (kira-kira RM8.50) sekilogram.





Durian ‘Tuhan Kasi’ dibida RM1,100 sebiji

Terkejut beli sebiji tembikai RM74.90

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker