Wanita rugi lebih setengah juta pelaburan tak wujud
Wanita rugi lebih setengah juta pelaburan tak wujud
SEREMBAN: Seorang peniaga kerugian lebih RM500,000 apabila diperdaya menerusi skim pelaburan dalam talian yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan.
“Mangsa menerima pesanan berkenaan ketika berada di rumahnya di Bukit Pelandok, Port Dickson. Skim pelaburan itu menjanjikan keuntungan yang besar dan mangsa bersetuju untuk membuat pelaburan.
“Mangsa kemudiannya melayari aplikasi dikenali RRR68.club dan berurusan dengan lelaki terbabit melalui WhatsApp. Selepas bersetuju dengan pelaburan itu, mangsa mula pemindahan wang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Aibee berkata, mangsa membuat 52 transaksi kemasukan wang berjumlah RM583,555 ke dalam 13 akaun bank yang berbeza bermula dari 15 Februari sehingga 23 April lalu,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang berniaga sendiri menyedari diperdaya selepas 25 Mei lalu, apabila mendapati mesej WhatsApp disekat dan tidak dapat mengakses ke dalam aplikasi itu.
Disyorkan Untuk Anda :
- Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH
- Yang Mampu Selesaikan Masaalah Sg Kim Kim
- Siapa Mahathir Untuk Persoal Urusan Istana?
“Mangsa menyedari sudah ditipu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pelanduk, pada 16 Jun lalu,” katanya.
Justeru, beliau meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang tidak masuk akal.
Wanita rugi lebih setengah juta pelaburan tak wujud
Disyorkan Untuk Anda :
- Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera
- Muhyiddin Nafi Terima RM1.3 Juta Dari UKSB
- PAS Perlu Lebih Fokus Tentang Masa Hadapan Parti, Bukan Campurtangan Urusan UMNO
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak