Ali Imran sudah ditemui

Ali Imran sudah ditemui
Ali Imran Naserudin ditemui dalam keadaan selamat awal pagi tadi.

Ali Imran sudah ditemui

KUALA LUMPUR: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman keluarganya di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, dekat sini pada Khamis lalu, ditemui selamat awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi ibunya, Wan Esuriyanti Wan Ahmad, menerusi satu hantaran di Facebook, memaklumkan mereka menerima panggilan daripada polis pada jam 3.26 pagi.

Katanya, pihak polis memberitahu Ali Imran Naserudin sudah ditemui dan dalam keadaan selamat sebelum mereka kemudian dipertemukan pada jam 4 pagi.

“Kami amat bersyukur kerana telah dipertemukan semula dengan anak lelaki kami, Ali Imran. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan kami, kesyukuran dan nikmat yang telah dianugerahkan.





“Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga dan rakan taulan yang berterusan membantu dan menyokong untuk membawa Ali pulang. Ali kini sihat biarpun agak keletihan,” katanya turut berterima kasih kepada polis atas segala usaha menjejaki anak lelakinya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff dalam satu kenyataan, mengesahkan Ali Imran sudah ditemui dan kes dianggap selesai.

Katanya, Ali Imran ditemui di Jalan Seraya, Kampung Melayu, Ampang, dekat sini, oleh sepasukan anggota polis peronda (MPV) IPD Ampang Jaya, kira-kira jam 3.05 pagi tadi.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Terdahulu, tular kisah kehilangan anak kedua daripada dua beradik itu selepas dia didapati tiada di dalam bilik oleh ibunya yang mahu mengejutkannya untuk bersiap ke sekolah, kira-kira jam 5.30 pagi.





Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah pengawal kemudian mendapati ada rakaman kelibat seorang remaja bercermin mata kelihatan seperti pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4 itu keluar dari kawasan kediaman keluarganya, kira-kira jam 4 pagi.

Usaha menghubungi remaja itu bagaimanapun tidak berhasil sebelum satu laporan polis dibuat keluarganya di Balai Polis Puchong dan kemudian dirujuk ke IPD Sepang serta diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh

Ali Imran sudah ditemui

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker