Kes COVID-19 meningkat kembali di Britain

Kes COVID-19 meningkat kembali di Britain
Orang ramai memenuhi stesen kereta api Kings Cross ketika waktu puncak, apabila Britain kembali mencatatkan peningkatan kes COVID-19. – Foto REUTERS

Kes COVID-19 meningkat kembali di Britain

LONDON: Jangkitan COVID-19 kembali meningkat di Britain dengan 1.13 juta kes pada minggu berakhir 10 Jun lalu, menandakan gelombang baharu coronavirus kini melanda negara ini.

MailOnline melaporkan, berdasarkan perkembangan semasa, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) menganggarkan 40 peratus kenaikan kes jangkitan dalam tempoh seminggu atau satu kes dalam setiap 50 penduduk.

Ia menandakan peningkatan kes mingguan terbesar sejak Disember tahun lalu apabila Omicron muncul varian dominan di Britain.

Sementara itu, kes turut meningkat di Wales dan Ireland Utara dengan seorang dalam setiap 45 individu dijangkiti COVID-19 minggu lalu, manakala Scotland mencatat satu jangkitan setiap 30 orang.





Tinjauan jangkitan mingguan ONS menjadi penanda aras terbaik jangkitan COVID-19 selepas pandemik, susulan ujian calitan percuma dihentikan dan statistik harian tindak lagi menjadi petunjuk utama.

Berdasarkan data semasa, lonjakan semula coronavirus di Britain dilaporkan didorong oleh subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang dianggap lebih mudah berjangkit berbanding varian induknya.


Disyorkan Untuk Anda :


Sementara itu, kebimbangan semakin meningkat bahawa Britain mungkin berdepan dua wabak secara serentak menjelang musim sejuk tahun ini iaitu COVID-19 dan influenza, seperti mana yang berlaku di Australia sekarang.

Pegawai statistik kanan ONS, Kara Steel, berkata jangkitan meningkat di semua empat negeri iaitu Scotland, England, Ireland Utara dan Wales, didorong peningkatan individu yang dijangkiti oleh varian Omicron BA.4 dan BA.5.

‘Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada ini adalah permulaan gelombang baharu tetapi kami akan terus memantau perkembangan semasa dan data dengan teliti,” katanya.





Tinjauan ONS adalah satu-satunya program pengawasan rasmi yang digunakan oleh kerajaan Britain untuk memantau wabak terbabit, dengan membuat ujian pengesanan ke atas puluhan ribu individu secara rawak setiap minggu. – AGENSI

Mangsa banjir di Kedah meningkat

Kes COVID-19 meningkat kembali di Britain

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker