KES TUMBUK, TENDANG ‘GUARD’
PELAKON LELAKI 30-AN AKAN DIBEBASKAN HARI INI
KES TUMBUK, TENDANG ‘GUARD’
Dengan jaminan polis, pelakon lelaki yang direman tiga hari semalam selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut kelmarin, akan dibebaskan hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini.
“Lelaki terbabit akan diberi jamin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok. Siasatan juga sudah lengkap,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kejadian pada jam 8.30 malam, Khamis lalu, suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang pengawal keselamatan.
Kejadian berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak. Ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.
Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ. Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa.
Polis rakam percakapan suami isteri, kes serang, tendang
KES TUMBUK, TENDANG ‘GUARD’
Disyorkan Untuk Anda :
- Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak
- Azmin Mahu PRU 15 Di Tangguhkan Untuk Tumpukan Ekonomi
- PPBM Ugut Ismail Sabri Supaya Gugurkan Zuraidah
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor