Lelaki maut kenderaan SUV langgar pokok

Lelaki maut kenderaan SUV langgar pokok
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya. – Foto JBPM

Lelaki maut kenderaan SUV langgar pokok

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas melanggar pokok di hadapan Sekolah Tinggi Kuen Cheng, Jalan Syed Putra di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 5.15 pagi dan sepasukan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah kemudian digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rozman Abdul Rashid, berkata pasukannya tiba ke lokasi pada jam 5.24 pagi dan mendapati seorang lelaki tersepit dalam kenderaan yang remuk.

“Kenderaan Toyota Fortuner dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.





“Mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba pada jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya petugas ambulans yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

12.9kg ganja ditemui di stor syarikat utiliti elektrik

Lelaki maut kenderaan SUV langgar pokok

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker