Lelaki maut langgar kayu getah terjatuh dari treler

Lelaki maut langgar kayu getah terjatuh dari treler
KUALA SELANGOR: Seorang pekerja restoran makanan segera maut selepas motosikal ditunggang melanggar kayu getah yang terjatuh dari sebuah treler di Kilometer 37, Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan mendapati muatan kayu getah dalam treler dipandu lelaki berusia 40 tahun itu terjatuh di jalan berkenaan.
Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda bersendirian dipercayai gagal mengelak beberapa batang kayu terbabit.
“Lelaki itu melanggar kayu berkenaan lalu terjatuh atas jalan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa cedera dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, sepasukan enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerahkan ke lokasi bagi membersihkan longgokan kayu berkenaan pada jam 5.17 pagi.
Longgokan itu menghalang lalu lintas di jalan terbabit dan berjaya dibersihkan menggunakan jengkaut.
Lelaki pukul kepala isteri dengan kayu getah dipenjara 7 bulan
Lelaki maut langgar kayu getah terjatuh dari treler
Disyorkan Untuk Anda :
- Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak
- Azmin Mahu PRU 15 Di Tangguhkan Untuk Tumpukan Ekonomi
- PPBM Ugut Ismail Sabri Supaya Gugurkan Zuraidah
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor