Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor

Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor

Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor

Cukup-cukuplah tu Dr Mahathir.

Jangan dipanaskan lagi hubungan antara kerajaan pusat dengan Istana Johor.

Mengulas titah Sultan Johor semasa merasmikan sidang DUN Johor.





Dr Mahathir berkata cubaan mengeluarkan negeri dari Malaysia adalah jenayah.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/percubaan-keluarkan-manamana-negeri-dari-malaysia-merupakan-jenayah-tun-mahathir-367131

Sultan Johor bertitah sekiranya kerajaan pusat terus menganak tirikan negeri Johor, ada lebih baik sekiranya Johor keluar dari Malaysia.

Realitinya, apa yang dititahkan oleh Sultan Johor itu memang ada kebenarannya.





Pelbagai projek yang memberikan munafaat kepada rakyat Johor telah dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Terutamanya di era Pakatan Harapan.

Projek solar di Pengerang, projek keretapi laju HSR, projek pelabuhan di Muar dan pelbagai lagi.

Pembatalan projek yang telah dipersetujui telah membuatkan pelabur asing hilang minat untuk terus melabur di Johor.

Paling memurkakan Sultan Johor adalah ketika Dr Mahathir ‘menyerahkan’ kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura tanpa sebab.





Sebelum PRU 14, Johor merupakan negeri teratas di Malaysia yang menerima kemasukan pelaburan asing.

Untuk rekod, bukan sahaja ketika 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan, Johor telah di anaktirikan.

Tetapi juga ketika 22 tahun ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali pertama.

Sejarah membuktikan, Dr Mahathir sering menimbulkan ketegangan dengan pihak istana ketika beliau berada di puncak kuasa.

Ada baiknya Dr Mahathir berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan memburukkan keadaan.





Biarlah kerajaan pusat meredakan kemurkaan Sultan Johor dan kemarahan rakyat Johor.

Bukan Edisi Siasat tidak menghormati atau mengenang jasa yang pernah Dr Mahathir lakukan kepada negara.

Tetapi, tidak perlu Dr Mahathir campurtangan dalam isu yang beliau tidak diperlukan untuk menyelesaikannya.

 

Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker