Tentera Sri Lanka lepas tembakan kawal rusuhan beli minyak

Tentera Sri Lanka lepas tembakan kawal rusuhan beli minyak
Anggota keselamatan Sri Lankan sedang mengawal stesen minyak Ceylon Petroleum Corporation di Colombo. – Foto AFP

Tentera Sri Lanka lepas tembakan kawal rusuhan beli minyak

COLOMBO: Tentera Sri Lanka melepaskan tembakan bagi mengawal rusuhan di sebuah stesen minyak susulan penduduk berang selepas diberitahu bekalan petrol dan diesel habis.

Menurut seorang pegawai, orang ramai sudah lama berbaris menunggu giliran bagi membeli bahan api itu, suatu fenomena yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Sri Lanka, yang kini dikhuatiri berada di ambang muflis.

Jurucakap tentera, Nilantha Premaratne, berkata tentera melepaskan tembakan di Visuvamadu, 365 kilometer (km) di utara Colombo semalam selepas pusat pengawal mereka dibaling dengan batu.

“Sekumpulan 20 hingga 30 orang membaling batu dan merosakkan sebuah trak tentera,” katanya kepada AFP.





Polis berkata, empat orang awam dan tiga tentera cedera selepas tentera melepaskan tembakan buat kali pertama bagi meredakan rusuhan dikaitkan dengan krisis ekonomi yang semakin meruncing.

Katanya, berikutan pam kehabisan petrol, pemandu kenderaan mula membuat bantahan dan suasana bertambah buruk meningkat menjadi pertempuran dengan tentera.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Sri Lanka mengalami krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan, di mana negara itu tidak dapat mencari dolar untuk mengimport barangan keperluan, termasuk makanan, bahan api dan ubat.





Seramai 22 juta penduduk negara itu mengalami kekurangan bekalan yang teruk dan beratur panjang untuk mendapatkannya dalam jumlah yang terhad, sementara Presiden Gotabaya Rajapaksa terus berdegil enggan berundur kerana kesalahan tadbir urus.

Sri Lanka mengerahkan polis bersenjata dan tentera untuk mengawal stesen minyak.

Seorang pemandu kenderaan ditembak mati oleh polis di bandar tengah Rambukkana pada April lalu, apabila pertempuran tercetus berhubung pengagihan petrol dan diesel yang dicatu.

Polis berkata, pertempuran membabitkan pemandu meletus di tiga lokasi pada hujung minggu. Sekurang-kurangnya enam konstabel cedera dalam satu pertempuran, manakala tujuh pemandu ditahan.

Kerajaan mengisytiharkan institusi dan sekolah di negara itu ditutup selama dua minggu, dalam usaha untuk mengurangkan keperluan dan menjimatkan stok bahan api yang semakin susut. – AFP





Sri Lanka arah ‘serangan’ bendung rusuhan

 

Tentera Sri Lanka lepas tembakan kawal rusuhan beli minyak

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker