UPSI tawar tempat, biasiswa kepada ‘Usain Bolt Malaysia’

UPSI tawar tempat, biasiswa kepada 'Usain Bolt Malaysia'
Pengarah Akademik UPSI, Profesor Madya Dr Abdul Rahim Razalli (dua kiri) bertemu bapa Muhammad Azeem iaitu Mohd Fahmi Tajuid (dua kanan) di Teluk Intan, hari ini bagi menyerahkan surat tawaran kepada Azeem. – Foto ihsan UPSI.

UPSI tawar tempat, biasiswa kepada ‘Usain Bolt Malaysia’

TANJUNG MALIM: Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi ditawarkan tempat dan biasiswa untuk meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi peringkat diploma.

Pengarah Akademik UPSI, Profesor Madya Dr Abdul Rahim Razalli berkata tawaran itu sebagai mengiktiraf kecemerlangan akademik dan sukan atlet olahraga yang mendapat jolokan ‘Usain Bolt’ itu.

Azeem yang sebelum ini mengungguli acara 100 meter pada olahraga Terbuka Perak, berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

“Tawaran ini adalah sebagai mengiktiraf kecemerlangan akademik dan sukan beliau dengan memperoleh keputusan 6A dalam SPM serta kecemerlangannya menjulang pingat emas olahraga Terbuka Perak 2022,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyerahkan surat tawaran UPSI kepada bapa Azeem, Mohd Fahmi Tajuid di kediamannya di Teluk Intan, hari ini.





Turut hadir Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Izwan Shahril; Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI, Profesor Dr Nur Ikhwan Mohamad.

Mohd Fahmi ketika ditemui menyambut baik hasrat UPSI itu dan sedia menimbangkan tawaran berkenaan selepas berbincang dengan Muhammad Azeem sendiri.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata sebagai universiti pendidikan utama negara, pihaknya sentiasa memberi ruang sokongan kepada atlet tanahair yang dilihat dapat memacu kepada kecemerlangan sukan sekali gus mengharumkan nama negara dan universiti ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPSI, Profesor Dr Marzita Puteh pula berkata pihaknya sentiasa komited dalam memberikan pendidikan holistik demi menghasilkan graduan yang berkualiti selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi.





Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor

UPSI tawar tempat, biasiswa kepada ‘Usain Bolt Malaysia’

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker