Iran tingkatkan pengayaan uranium

Iran tingkatkan pengayaan uranium
Gambar hiasan. – Foto AGENSI

Iran tingkatkan pengayaan uranium

VIENNA: Iran sedang meningkatkan lagi kegiatan pengayaan uranium dengan bersiap sedia untuk menggunakan pengempar IR-6 yang termaju di tapak loji bawah tanah Fordow.

Ia dibuktikan hari ini berdasarkan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tindakan itu adalah yang terbaru daripada beberapa langkah yang sudah lama diancam mahu dilaksanakan oleh Iran.

Ia menyebabkan 30 daripada 35 negara dalam Lembaga Gabenor IAEA menyokong resolusi pada bulan ini, yang mengkritik negara itu kerana gagal menjelaskan kesan uranium yang ditemukan di tempat yang tidak diisytiharkan.





Perbincangan secara tidak langsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung pemulihan perjanjian nuklear Iran 2015 sudah lama terhenti.

Justeru, sebarang peningkatan lanjut pengayaan uranium berisiko memusnahkan harapan untuk mengekang kemajuan nuklear republik Islam itu dan menarik balik sekatan AS terhadapnya.

Hari ini, Iran memaklumkan kepada IAEA bahawa proses sebelum pengayaan iaitu tindakan memasukkan UF6 ke dalam mesin, sudah bermula semalam.

Disyorkan Untuk Anda :


 

Mesin 166 adalah satu-satunya mesin yang memiliki apa yang dipanggil ‘sub-kepala yang diubah suai’, menjadikannya lebih mudah untuk beralih kepada proses pengayaan ke tahap ketulenan yang lain.





Diplomat Barat sudah lama memperkatakan mengenai peralatan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan kerana ia membolehkan Iran melaksanakan kegiatan pengayaan uranium dengan cepat ke peringkat lebih tinggi.

Iran sebelum ini memaklumkan kepada IAEA yang dua pengempar IR-6 boleh digunakan untuk memperkaya bahan itu kepada tahap lima atau 20 peratus ketulenan.

“Kami masih belum menerima penjelasan daripada Iran mengenai cara pengeluaran yang ingin dilaksanakan untuk alat yang dinyatakan,” menurut laporan yang disahkan IAEA. – REUTERS

AS ancam Iran jika tidak bekerjasama dengan IAEA





Iran tingkatkan pengayaan uranium


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker