Lagi mangsa Macau Scam, pesara rugi wang pencen RM20,000

Lagi mangsa Macau Scam, pesara rugi wang pencen RM20,000
Foto hiasan

Lagi mangsa Macau Scam, pesara rugi wang pencen RM20,000

TELUK INTAN: Lagi mangsa ditipu Macau Scam, kali ini membabitkan seorang pesara kerajaan yang terperdaya sehingga kehilangan wang simpanan berjumlah RM20,000.

Terdahulu, lelaki warga emas berusia 76 tahun itu dikatakan dihubungi oleh seorang individu tidak dikenali mendakwa daripada Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur, ketika berada di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari 14 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata mangsa dimaklumkan ada bungkusan barangan penghantaran ke Sabah yang mengandungi satu kad pengenalannya dan lima kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, namun lelaki itu menafikannya.

Seterusnya, beliau berkata, talian mangsa disambungkan pula kononnya ke ‘Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah’ untuk membuat laporan polis, sebelum kepada ‘pihak mahkamah’ kerana pengadu didakwa terbabit jenayah pengubahan wang haram.





“Mangsa kemudian dihubungi sekali lagi oleh sindiket pada Khamis lalu, serta diminta membuat pindahan wang daripada akaunnya ke akaun bank diberikan suspek, kononnya bagi memastikan wang itu bersih daripada jenayah penggubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Susulan itu, Ahmad Adnan berkata, mangsa yang terperdaya melakukan pindahan simpanan wang pencen sebanyak RM20,000 menerusi mesin ATM pada hari sama, kononnya bagi mengelakkan akaun bank beliau dibekukan oleh pihak Bank Negara.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Selepas itu, mangsa terus menghubungi suspek tetapi tiada jawapan. Mangsa menyedari dirinya ditipu lalu hadir ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan, semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.





Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah mempercayai panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali, dan tidak melayan panggilan itu bagi mengelak terperdaya dengan sindiket termasuk Macau Scam.

“Mana-mana agensi kerajaan yang berlainan, tidak akan menyambungkan sebarang panggilan telefon ke atas orang awam kepada agensi berbeza melalui satu panggilan yang sama. Contohnya, panggilan daripada polis tidak akan disambung terus kepada pihak mahkamah dalam panggilan sama,” katanya.

Kerana Hendak Tuntut Pencen, Mayat Ibu Di Sorok Lebih Setahun

 





Lagi mangsa Macau Scam, pesara rugi wang pencen RM20,000

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker