Nasib berbeza lima pasukan tuan rumah Liga Super

Nasib berbeza lima pasukan tuan rumah Liga Super
Pemain Selangor FC meraikan kejayaan bersama penyokong selepas menewaskan Sarawak United 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, semalam. – Foto NSTP/Aizuddin Saad.

Nasib berbeza lima pasukan tuan rumah Liga Super

KUALA LUMPUR: Nasib berbeza dialami lima pasukan tuan rumah pada minggu ke-10 aksi Liga Super yang menyaksikan tiga daripadanya menang sementara dua lagi kecewa diikat lawan masing-masing.

Tumpuan pasti terarah kepada ‘kemusnahan’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dicetuskan Selangor FC apabila membelasah pendatang baharu, Sarawak United dengan keputusan 7-0.

Itu adalah kemenangan terbesar dalam saingan Liga Super pada musim ini dengan Brendan Gan yang tampil buat kali pertama pada musim ini mencetus malam sempurna buat The Red Giants dengan gol pembukaan seawal minit ketujuh.

Penyerang mereka, Herlison Caoin terus membuktikan reputasinya sebagai penggempur berbisa dengan melakar hatrik pada aksi terbabit untuk menghimpun sembilan gol dan terikat dengan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva.





Satu lagi pasukan tuan rumah, Sabah FC melonjak ke tangga teratas Liga Super dengan memintas skuad Harimau Selatan selepas mengetepikan cabaran Sri Pahang FC di Stadium Likas.

Kejayaan skuad Badak mengutip mata penuh itu dibayangi dengan kegagalan dua pemain mereka iaitu Baddrol Bakhtiar dan Neto Pessoa menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada mereka pada aksi terbabit.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Sementara itu, Terengganu FC (TFC) pula meneruskan momentum selepas ‘berehat’ panjang apabila menewaskan juara Piala Malaysia, KL City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.





Dua lagi pasukan tuan rumah pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila membenarkan lawan mencuri satu mata daripada mereka.

Melaka United FC dikecewakan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) menerusi keputusan tanpa jaringan sementara Penang FC dibawah kendalian jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan terus buntu tanpa sebarang kemenangan apabila seri 1-1 dengan PJ City FC.

Rakyat AS mungkin dibenar terima dos penggalak berbeza

Nasib berbeza lima pasukan tuan rumah Liga Super

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker