Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor

Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor

Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah baginda tidak bersetuju dengan enakmen negeri yang menurunkan umur untuk bertanding dalam PRN kepada 18 tahun.

Ini adalah kerana baginda berpandangan adalah tidak sesuai untuk mempunyai ADUN di bawah umur 21 tahun.

Rasional kepada pendirian baginda adalah kerana pada umur antara 18 hingga 21 tahun adalah terlalu muda untuk menjadi wakil rakyat.





“Pada hemat saya, cadangan menurunkan had umur minimum tersebut adalah tidak selari dengan hala tuju kerajaan yang mahukan pemimpin berkualiti tinggi dan cukup ilmu pengetahuannya”.

“Namun begitu, saya tetap menyokong pemberian hak mengundi kepada golongan berusia 18 tahun ke atas”.

“Tetapi untuk menjadi Ahli Dewan, saya rasa mereka masih belum sesuai,” titah baginda.

Tetapi pandangan baginda disanggah oleh Pemuda DAP Johor (DAPSY Johor).

Hujah DAPSY Johor untuk menyanggah pendirian baginda adalah:





“Semua wakil rakyat tanpa mengira ideologi parti politik turut mempersetujui penurunan umur calon pilihan raya telah membuktikan isu calon 18 tahun mempunyai sokongan yang kukuh”.

“Sidang Dewan Negeri Johor pada 6 Jan lalu mencatatkan sejarah apabila mendapat sokongan lebih dua pertiga bagi menurunkan umur calon yang bertanding daripada 21 tahun kepada 18 tahun”.

“Pindaan berkaitan Undi 18 di peringkat persekutuan telah diluluskan melebihi dua pertiga dalam Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019 dan diwartakan pada 10 September 2019,” tegas DAPSY Johor.

Bagi Edisi Siasat, ada asas dan kebenarannya pandangan Sultan Johor.

Untuk menjadi pemimpin yang baik, memerlukan bukan sahaja sokongan tetapi juga kematangan hidup.





Adalah 2 perkara yang sangat berbeza antara tanggungjawab sebagai pengundi dan pemimpin rakyat.

Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor

Kejadian kebakaran di Felda Ulu Tebrau adalah bukti yang cukup jelas bagaimana kematangan adalah syarat yang sangat penting untuk menjadi pemimpin yang baik.

ADUN MUDA Puteri Wangsa, Amira Aisya, ternyata gagal menangani masalah rakyat dengan baik.

DAPSY Johor jangan lupa, sebelum diwartakan sebagai enakmen kerajaan negeri, ianya MESTI mendapat perkenan dari baginda dahulu, walau pun sudah mendapat persetujuan keseluruhan ADUN Johor.





Fikirkan secara positif dan berhemah pandangan baginda kerana kami yakin pendirian baginda adalah untuk kepentingan dan kebaikan rakyat dan negeri Johor.

Jangan cuba bermain api dengan istana.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga.

 

Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker