Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?

Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?

Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?

Kedengaran amat janggal apabila Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng persoalkan kenapa Mahiaddin & The Gang boleh terlepas dari1 pendakwaan kes rasuah UKSB.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/625370





Lim Guan Eng dilihat segera mengambil kesempatan untuk mendesak supaya rombakan besar-besaran dalam SPRM.

“Bagaimana SPRM boleh berlagak bahawa mereka tidak tahu tentang perkara ini?”.

“SPRM hanya menyatakan akan membuka siasatan selepas perkara ini didedahkan di mahkamah dan setelah ditekan orang awam”.

“Saksi ini adalah saksi pihak pendakwaan maka saksi juga adalah saksi SPRM sendiri”.

“Rombakkan besar-besaran perlu dibuat terhadap suruhanjaya itu,” tegas Lim Guan Eng.





Sebenarnya tiada keperluan untuk melakukan rombakan di SPRM.

Bukankah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sudah membuat kenyataan bahawa semua yang terlibat akan disiasat.

Jadi bukan Azam Baki yang bertanggungjawab menggugurkan nama Mahiaddin & The Gang.

Tetapi mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan Pakatan Harapan, Latheefa Koya, mesti disiasat.

Ini adalah kerana siasatan dan pendakwaan dilakukan di era beliau menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.





Rakyat mahu tahu mengapa nama Mahiaddin & The Gang digugurkan dari pendakwaan.

Begitu juga mantan Peguam Negara, Tommy Thomas juga perlu dipanggil untuk disoal siasat.

Adalah mustahil Latheefa Koya dan Tommy Thomas tidak tahu Mahiaddin & The Gang mendapat suapan dari UKSB.

Tertulis dengan jelas nama mereka di dalam lajer UKSB.

Rakyat mahu tahu, atas arahan siapa nama Mahiaddin & The Gang digugurkan dari pendakwaan.





Kita semua faham, tujuan utama Lim Guan Eng adalah untuk menyingkirkan Azam Baki.

Dan ianya digantikan dengan seorang yang  boleh menggugurkan kes terowong ajaib Lim Guan Eng.

Tetapi janganlah gelojoh sangat seperti isu pengguguran kes banglo Jalan Pihorn.

 

Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker