Skuad angkat berat negara berkampung di Lampung, Indonesia

Skuad angkat berat negara berkampung di Lampung, Indonesia
Gambar fail – Pengurus pasukan angkat berat kebangsaan ke Sukan Komanwel Birmingham, Amirul Hamizan (kanan). – Foto NSTP/Owee Ah Chun.

Skuad angkat berat negara berkampung di Lampung, Indonesia

KUALA LUMPUR: Skuad angkat berat bakal ‘bertapa’ di Lampung, Indonesia selama 30 hari sebagai persediaan terakhir ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual membuka tirainya pada 28 Julai ini.

Pasukan dijadual berlepas ke Indonesia pada Sabtu ini dengan program di Lampung turut bakal menyaksikan ‘badang’ negara menyertai beberapa siri perlawanan persahabatan di sana.

“Sebagai persiapan, kita akan ada latihan penuh di luar negara iaitu di Lampung, Indonesia iaitu sekitar 25 hingga 30 hari. Kami akan memberi tumpuan penuh terhadap latihan di sana yang mungkin turut diselit perlawanan dengan pasukan dari Lampung.

“Ini kerana kebanyakan atlet Indonesia terhasil dari sana dan ini menjadi antara sebab kenapa kami memilih untuk berlatih di sana,” kata pengurus pasukan kebangsaan, Amirul Hamizan Ibrahim.





Skuad angkat berat negara mempunyai misi membutirkan satu pingat emas dan dua perak di Birmingham dengan sasaran kilauan pingat disandarkan di bahu Muhamad Aznil Bidin yang juga pemenang emas dalam kategori 62 kilogram (kg) pada edisi di Gold Coast 2018.

“Kita mensasarkan satu emas dan dua perak. Harapan emas itu diletakkan kepada Aznil untuk mempertahankan emas dimenanginya sebelum ini. Perak pula disandarkan di bahu Mohd Aniq Kasdan dan Muhammad Erry Hidayat masing-masing dalam kategori 55kg dan 73kg.

Untuk rekod, di Gold Coast, skuad angkat berat berjaya membawa pulang dua emas dan satu perak. Aznil dan Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad meraih emas manakala perak disumbang Muhamad Fazrul Azrie Mohdad dalam kategori 85kg.

Gunung Anak Krakatau meletus 9 kali





Skuad angkat berat negara berkampung di Lampung, Indonesia


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker