SYAMSUL YUSOF TERJAH PEJABAT, MSTAR MOHON MAAF

BENGANG DENGAN TAJUK ARTIKEL

SYAMSUL YUSOF TERJAH PEJABAT, MSTAR MOHON MAAF

SYAMSUL YUSOF TERJAH PEJABAT, MSTAR MOHON MAAF

“Saya betul-betul sedih, tajuk artikel ini. Seolah-olah mencabar saya. Sebab itu saya datang juga hari ni nak selesaikan masalah. Korang kena faham, ketika ini macam-macam dugaan saya hadapi. Hal rumah tangga, hal keluarga, anak sakit… macam-macamlah.

“Harap korang faham. Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan fahamlah juga keadaan saya,” itulah luah pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof yang nekad datang terjah ke Menara Star, di Petaling Jaya untuk menyelesaikan kemelut antara dia dan portal mStar, selepas kira-kira empat hari situasi panas ini berlarutan tanpa ada kata putusnya.

“Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan mStar cari tapi tak jumpa” – Tajuk ini menjadi punca kepada kemarahan Syamsul yang mana antara lain intipati artikel berkenaan menyentuh mengenai ketidakhadirannya pada majlis pra-tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC Starling Mall, Damansara pada 16 Jun lalu.

mStar diwakili Ketua Pengarang, Niezam Abdullah menerima kunjungan Syamsul dengan baik dan memberi peluang untuk dia meluahkan segala yang terbuku di hati. Niezam kemudian menjelaskan, pada malam pra-tonton filem itu, dia telah menghantar dua orang wartawan dan meminta mereka berjumpa Syamsul untuk berbincang secara baik berhubung insiden yang pernah berlaku pada November tahun lalu apabila portal mStar menyiarkan kisah rumah tangganya sehingga mendapat reaksi kurang senang Syamsul.

Bagaimanapun kata Niezam, usaha untuk mendapatkan Syamsul pada malam pra tonton itu gagal kerana dia tidak muncul dan akhirnya portal ini mengambil pendekatan untuk berkongsi kejadian itu dalam bentuk artikel dengan judul berkenaan.






Disyorkan Untuk Anda :


Syamsul juga meluahkan rasa terkilannya apabila wartawan mStar dalam sebuah rakaman video mengasak soalan bertubi-tubi kepada ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang ingin tahu mengenai hal peribadi dirinya selepas dikaitkan dengan Ira Kazar.

“Saya rasa kurang senang, bila wartawan jumpa ayah saya dan bertanya soalan pasal hal peribadi saya bertubi-tubi kepadanya,” tambah Syamsul lagi.

Namun kini, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berjaya menyelesaikan salah faham ini dengan baik, selepas lebih sejam sesi luahan perasaan itu berjalan,.

Dalam keadaan merendah diri Syamsul berkata, mungkin ada juga kesilapan pada pihaknya dan berharap perkara yang terjadi itu tidak berulang lagi.

Ujarnya, apa yang berlaku itu mungkin juga berpunca daripada kurangnya interaksi dia dengan wartawan sejak kebelakangan ini yang biasanya menjadi medan kedua-dua pihak berkongsi pandangan masing-masing.





Niezam juga seolah-olah tidak percaya dan agak terkejut dengan kemunculan Syamsul bagaimanapun mengambil pendekatan memohon maaf kepadanya mengenai kandungan artikel yang disiarkan telah melukakan hatinya.

SYAMSUL YUSOF – CABAR AKU, AKU SAMPAI AKU CARI

SYAMSUL YUSOF TERJAH PEJABAT, MSTAR MOHON MAAF

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker