Treler bawa kertas kitar semula terbakar

Treler bawa kertas kitar semula terbakar
Anggota bomba melakukan operasi memadamkan kebakaran di bahagian kontena treler membawa muatan kertas kitar semula di Kilometer 422.8 PLUS arah utara, semalam. – Foto ihsan bomba

Treler bawa kertas kitar semula terbakar

HULU SELANGOR: Seorang lelaki nyaris maut apabila treler membawa muatan kertas kitar semula dipandunya terbakar di Kilometer 422.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.22 petang.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dan ‘water tanker’ dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa serta Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kebakaran itu membabitkan bahagian kontena sebuah treler yang membawa muatan kertas kitar semula,” katanya ketika dihubungi, hari ini.





Beliau berkata, pasukan bomba kemudian memadamkan api, dan kebakaran menyebabkan bahagian kontena itu musnah 80 peratus.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Setakat ini, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?





Treler bawa kertas kitar semula terbakar


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker