Ukraine serang pelantar minyak milik Russia

Ukraine serang pelantar minyak milik Russia
Gambar hiasan. – Foto AGENSI

Ukraine serang pelantar minyak milik Russia

MOSCOW: Ketua Crimea, yang dikuasai Moscow, hari ini berkata tujuh orang cedera dan tujuh lagi hilang selepas Ukraine menyerang pelantar minyak di semenanjung di bawah Russia di laut Hitam.

Sergey Aksyonov, menerusi hantaran di Telegram, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kerja mencari mangsa sedang dijalankan di pelantar minyak Chernomorneftegaz yang dimiliki syarikat berpangkalan di Crimea.

Ini adalah kali pertama infrastruktur tenaga di luar pesisir pantai Crimea diserang sejak Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Aksyonov, yang dilantik oleh Russia sebagai gabenor semenanjung itu selepas menguasainya pada 2014, sebelum ini berkata lima orang cedera tetapi kemudian mengubah angka berkenaan.





Katanya, tiga pelantar disasarkan dalam serangan itu, memaksa pemindahan 94 orang dari tapak berkenaan, kecuali 15 tentera kekal di sana bagi mengawal manakala kerja mencari dan menyelamat dari udara dan perairan diteruskan.

Chernomorneftegaz, yang disekat Amerika Syarikat (AS) sejak 2014, mengendalikan beberapa operasi penggerudian minyak dan gas di Laut Hitam dan Laut Azov.

Aksyonov berkata salah satu pelantar terkena serangan dan seorang Senator Russia untuk Crimea, Olga Kovitidi, memberitahu agensi berita RIA Novosti bahawa dua lagi pelantar tidak terjejas. – AFP

Lebih 30 kapal Russia mulakan latihan berhampiran Crimea





Ukraine serang pelantar minyak milik Russia


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker