4 anggota polis direman bekal dadah kepada tahanan

4 anggota polis direman bekal dadah kepada tahanan
Empat anggota polis diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh hari ini bagi permohonan reman berkaitan kes meminta dan menerima rasuah, tiga tahun lalu. – Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

4 anggota polis direman bekal dadah kepada tahanan

MELAKA: Empat anggota polis direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah RM12,000 bagi menyeludup barang terlarang, termasuk dadah ke lokap tiga tahun lalu.

Majistret Mazana Sinin membenarkan perintah reman itu selepas dipohon Pegawai Penyiasat Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdullah Fahmy [email protected] bagi melengkapkan siasatan kes.

Terdahulu, keempat-empat suspek berpangkat Koperal dan Lans Koperal berusia 35 hingga 40 tahun memakai baju lokap SPRM dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 9.30 pagi.

Difahamkan, semua suspek yang bertugas di sebuah balai polis di Alor Gajah menerima rasuah wang tunai dan pindahan wang atas talian sebagai upah menjadi ‘orang tengah’ untuk membawa masuk barangan seperti rokok, dadah, tembakau dan makanan bagi kegunaan tahanan.

Bayaran itu diterima daripada orang suruhan tahanan antara RM600 hingga RM9,000 melalui kira-kira 20 transaksi dalam tempoh setahun bermula 2019 hingga 2020.





Semua mereka ditahan di pejabat SPRM Melaka di Alai, petang semalam ketika hadir bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Tahanan polis meninggal di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19

 





4 anggota polis direman bekal dadah kepada tahanan



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker