Anak gajah mati dilanggar

Anak gajah mati dilanggar
Seekor anak gajah mati (gambar kecil) akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat Kampung Sri Timur, Kluang Johor. – Foto tular

Anak gajah mati dilanggar

KLUANG: Seekor anak gajah mati akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Supertintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata dalam kemalangan jam 9.30 malam itu, seorang wanita warga tempatan, 53, cedera manakala pemandunya terselamat.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda dari Kahang ke Kluang itu terbabit kemalangan dengan seekor anak gajah yang sedang melintas jalan.

“Akibat kemalangan ini, pemandu kenderaan, lelaki warga tempatan berumur 50 tahun tidak cedera.





“Penumpang yang cedera menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom. Anak gajah yang dilanggar mati di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan dengan sebaiknya.

Kanak-kanak maut dilanggar motosikal ketika beraya

Anak gajah mati dilanggar

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker