Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

Apa Punca Mahathir 'Hadiahkan' Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

Kehilangan Pulau Batu Puteh dari kedaulatan negeri Johor adalah isu yang paling memurkakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Lebih memurkakan Sultan Johor, keputusan PH menarik balik tuntutan Pulau Batu Puteh dilakukan tanpa memaklumkan kepada baginda.

Ibarat kita mengambil hak orang lain dan menjualkannya ke pihak ketiga tanpa memaklumkan kepada pemilik sebenar.





Begitulah biadapnya sikap PH ketika diberikan kuasa memerintah.

Mengimbas kembali apa yang telah dilakukan oleh PH dalam proses rayuan keputusan ICJ di Hague, Belanda:

23 Mei 2008

– Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh.

– Manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia

– Tubir Selatan, 4 kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan negara yang menguasainya.





2 Februari 2017

– Malaysia memfailkan permohonan semakan

30 Jun 2017

Malaysia memohon supaya mahkamah mentafsirkan penghakiman yang telah dibuat pada 23 Mei 2008.

Alasan Kerajaan Malaysia adalah berdasarkan:

  1. 3 dokumen penting yang membuktikan Singapura tidak pernah menganggap berhak ke atas Pulau Batu Puteh daripada Johor.
  2. Pegawai Tentera Laut British mengakui perairan di pulau terbabit adalah milik Johor.
11 Jun 2018

Semakan terhadap keputusan ICJ yang dibuat pada 23 Mei 2008 akan dimulakan berdasarkan kepada bukti baharu yang dikemukakan.

Namun sebelum tarikh 11 Jun 2018, selepas menggantikan Peguam Negara, TS Apandi Ali dengan Tommy Thomas (lantikan politik PH), Kerajaan PH telah menarik balik permohonan semakan keputusan ICJ.





Dengan keputusan ini, maka secara rasminya kedaulatan Pulau Batu Puteh telah diserahkan kepada Kerajaan Singapura buat selamanya.

Kerajaan Malaysia mempunyai keyakinan yang cukup tinggi bahawa ICJ akan menyemak kembali keputusan yang telah dibuat berdasarkan bukti baharu yang diperolehi.

Namun apabila Kerajaan PH telah menarik balik rayuan semakan keputusan ICJ, maka segala-galanya berakhir.

Kerajaan Malaysia, terutamanya Istana Johor bukan sahaja telah kehilangan Pulau Batu Puteh, tetapi juga kedaulatan dan maruah.

Kita terpaksa melepaskan hak milik kita kepada Singapura semata-mata kerana tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr Mahathir dan PH.





Mengenali Dr Mahathir, beliau pasti tidak akan melakukan sesuatu tanpa mendapat balasan yang lebih besar atau sekurang-kurangnya setimpal.

Apakah imbuhan yang beliau dan PH perolehi dengan ‘menghadiahkan’ Pulau Batu Puteh kepada Singapura?

In Sya Allah, Edisi Siasat akan mendedahkannya setelah maklumat yang kami perolehi disahkan.

 

Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker