Atlet negara menang emas Kejohanan Trek Remaja Asia

Atlet negara menang emas Kejohanan Trek Remaja Asia
KUALA LUMPUR: Pelumba pelapis pasukan trek negara, Nyo Ci Hui, memperagakan kayuhan bertenaga untuk meraih emas dalam acara scratch wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Asia ke-28 di India, hari ini.
Pelumba kelahiran Perak berusia 18 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran daripada lapan pelumba lain untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 7.5 kilometer (km) di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.
Dalam saingan 30 pusingan itu, pelumba Jepun, Mizuki Ikeda, meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Uzbekistan, Sofiya Karimova.
“Seluruh pasukan berasa sangat gembira dengan pencapaian Nyo kerana kegigihan beliau menjalani latihan dan pada masa yang sama perlu membahagikan masa untuk menduduki peperiksaan SPM yang lepas,” kata pengurus pasukan Mohd Saiful Abdul Jalil ketika dihubungi.
ADVERTISEMENT
Sementara itu, Yong Ann Tung turut menaiki podium selepas mengatasi pelumba senegara Azwa Nabila Abdullah untuk merebut pingat gangsa dalam acara pecut remaja.
Emas menjadi milik pelumba Korea Selatan apabila Na Yunseo mengecewakan Kim Chaeyeon.
Dalam pada itu, skuad lelaki remaja menambah keceriaan kem negara apabila Mohammad Hafiq Mohd Jafri berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara omnium selepas mengumpul keseluruhan 133 mata.
Disyorkan Untuk Anda :
- Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor
- Muhyiddin Tetap Mahu Zuraidah Di Gantikan Dengan Ahli Parlimen PPBM
- Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor
Pingat emas dimenangi oleh pelumba Kazakhstan, Ilya Karabutov, yang memperoleh jumlah 148 mata manakala pingat gangsa menjadi milik Vladislav Troman dari Uzbekistan dengan 126 mata.
Daam tiga perlumbaan omnium iaitu scratch, tempo dan penyingkiran, Mohammad Hafiz mendahului saingan bersama Karabutov dengan mengumpul 114 mata.
Bagaimanapun, pada saingan akhir omnium iaitu perlumbaan mata, beliau terpaksa akur dengan dominasi kayuhan bertenaga Karabutov dan Troman.
– BERNAMA
Atlet negara menang emas Kejohanan Trek Remaja Asia
Disyorkan Untuk Anda :
- Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq
- Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?