COVID-19: China berdepan isu lambakan sisa perubatan

COVID-19: China berdepan isu lambakan sisa perubatan
Orang ramai menjalani ujian saringan COVID-19 di Beijing, semalam. – FOTO AFP

COVID-19: China berdepan isu lambakan sisa perubatan

BEIJING: Langkah China menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran hampir setiap hari, menyebabkan negara ini berdepan isu lambakan sisa buangan perubatan yang memberi kesan terhadap alam sekitar dan ekonomi.

China melaksanakan ujian saringan hampir setiap hari bagi mengekang penularan virus itu, selain menguatkuasakan perintah berkurung dan arahan kuarantin, walaupun hanya beberapa jangkitan dikesan.

Dari Beijing hinggalah ke Shanghai, dan dari Shenzhen hingga ke Tianjin, kios ujian saringan memenuhi kawasan bandar.

Pihak berkuasa turut mengarahkan jutaan penduduk menjalani ujian saringan itu setiap dua atau tiga hari.





Bagaimanapun, pakar memberi amaran, tindakan sedemikian mewujudkan ‘lautan’ sisa berbahaya, di samping beban ekonomi tinggi terpaksa ditanggung pihak berkuasa tempatan untuk menampung kos pelaksanaan sistem itu.

“Jumlah sisa perubatan dihasilkan daripada rutin itu mencecah skala yang tidak pernah dilihat dalam sejarah manusia sebelum ini,” kata pakar kajian alam sekitar di New York University Shanghai, Yifei Li.


Disyorkan Untuk Anda :


Bagi setiap kes positif – lazimnya beberapa puluh jangkitan di seluruh negara dalam sehari – membabitkan penggunaan meluas kit ujian saringan, pelitup muka dan peralatan perlindungan diri.

Sekiranya tidak dilupuskan dengan betul, sisa bioperubatan boleh mencemarkan tanah dan saluran air, sekali gus mengancam alam sekitar serta kesihatan manusia. – AFP

‘Bukan buang sisa, hanya lepaskan anak ikan’





COVID-19: China berdepan isu lambakan sisa perubatan

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker