Kedai makan meletup, remaja melecur tahap dua

Kedai makan meletup, remaja melecur tahap dua
Letupan di sebuah kedai makan di Saujana Utama dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. – Foto ihsan Bomba

Kedai makan meletup, remaja melecur tahap dua

SUNGAI BULOH: Seorang pekerja kedai makan melecur pada badan selepas berlaku letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di premis berkenaan di Saujana Utama, di sini, semalam.

Mangsa membabitkan remaja lelaki berusia 18 tahun yang melecur tahap dua.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung letupan itu pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerahkan ke tempat kejadian.





“Tiba di lokasi, didapati berlaku berlaku letupan di dalam sebuah kedai makan namun tidak membabitkan struktur asal bangunan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran gas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, anggota bomba kemudian melakukan pengudaraan bagi pertukaran udara di ruang dalam bangunan.

Wanita parah melecur, dapur gas meletup





Kedai makan meletup, remaja melecur tahap dua


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker