Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kedah

Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kedah
Mayat seorang wanita warga emas yang ditemui terapung di Sungai Kedah. – Foto tular FB

Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kedah

ALOR SETAR: Mayat seorang wanita warga emas yang lengkap berpakaian ditemui terapung berhampiran pintu air Sungai Kedah di Taman Persisiran Ampang Jajar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata mayat mangsa ditemui jam 1.18 tengah hari oleh orang awam sebelum menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kota Setar.

Beliau berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian mengangkat mayat dari dalam sungai dan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).





“Identiti mangsa sudah dikenal pasti setakat ini dan berdasarkan maklumat diperolehi, mangsa berusia 60-an dan menetap di Shahab Permanent, Lorong Shahab, dekat sini.

“Video penemuan mayat itu ditular di media sosial menyebabkan keluarga mangsa ke lokasi untuk melakukan pengecaman.

“Semakan rekod mendapati wanita itu mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Lama Alor Setar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Namun kita masih menunggu laporan bedah siasat dan belum dapat dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan unsur jenayah atau sebaliknya,” katanya.





Empat mayat terapung disyaki mangsa bot karam

Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kedah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker