Moderna bangunkan kemudahan vaksin baharu di Britain

Moderna bangunkan kemudahan vaksin baharu di Britain
Vaksin COVID-19 keluaran Moderna. – Foto AFP

Moderna bangunkan kemudahan vaksin baharu di Britain

LONDON: Firma Bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna, akan membina pusat penyelidikan dan pembuatan baharu yang berpusat di Britain bagi membangunkan vaksin varian baharu COVID-19 dan penyakit lain, kata kerajaan hari ini.

Vaksin COVID-19 Moderna yang menggunakan teknologi mRNA adalah antara yang digunakan di Britain, dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, memuji program vaksinasi itu sebagai sebahagian kejayaan pembukaan semula ekonomi England daripada sekatan ketat COVID-19.

Kementerian Kesihatan Britain berkata, pandemik COVID-19 menunjukkan teknologi mRNA sebagai salah satu laluan terpantas untuk membangunkan vaksin baharu serta boleh digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan kanser, selsema, dementia dan penyakit jantung.

“Pelaburan kami akan menjamin perlindungan terhadap beberapa virus paling sukar di luar sana, membawa kami ke barisan hadapan dalam usaha menentang ancaman masa depan.





“Kita sudah lihat yang vaksin mampu lakukan dan usaha sama hari ini akan membawa kita selangkah lebih dekat untuk mencari penawar bagi beberapa penyakit yang paling dahsyat,” kata Johnson dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pada Disember lalu, Britain mengatakan negara itu mengarahkan lebih 60 juta dos vaksin COVID-19 Moderna disiapkan pada 2022 dan 2023.

Moderna turut mengumumkan pembangunan kemudahan pembuatan di Kenya, Kanada dan Australia.


Disyorkan Untuk Anda :


Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata kejayaan vaksin itu membolehkan syarikatnya berkembang secara global melalui kemudahan pembuatan baharu.

“Ketika kami terus berkembang di peringkat antarabangsa, kami berbesar hati untuk membawa pembuatan mRNA tempatan ke UK. Kami berharap dapat mewujudkan aktiviti dan keupayaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) kami di negara ini,” katanya.





Fasiliti baharu di Britain itu akan memulakan pengeluaran vaksin pada 2025, sementara kerajaan bersetuju secara prinsip dengan rakan kongsi strategik berhubung kerjasama dengan Moderna, yang mana perincian selanjutnya sedang dimuktamadkan.

Sehingga kini kerajaan belum mendedahkan lokasi pembangunan kemudahan baharu itu atau memberikan anggaran mengenai kapasiti sebenar, namun mengatakan kerja pembinaannya boleh dimulakan tahun ini. – REUTERS

Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

Moderna bangunkan kemudahan vaksin baharu di Britain

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker