Pelajar Tingkatan 4 maut nahas

Pelajar Tingkatan 4 maut nahas
Keadaan motosikal mangsa yang juga pelajar Tingkatan Empat yang maut dalam kemalangan di Kota Damansara, awal pagi tadi. – Foto ihsan polis

Pelajar Tingkatan 4 maut nahas

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan Persiaran Mahagoni – Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, jam 7.25 pagi tadi.

Mangsa yang berusia 16 tahun dan tinggal di Seksyen 8 Kota Damansara dalam perjalanan ke sekolah dari arah Jalan Kuala Selangor – Kepong menghala ke Kota Damansara dengan menunggang Yamaha Y15ZR.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa terlanggar bahagian kiri sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dari laluan bertentangan yang hendak masuk ke simpang kanan ke Jalan Rimba RIang 9/1.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal yang juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kota Damansara mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.





“Bagaimanapun, pemandu MPV iaitu seorang wanita berusia 34 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca sebenar kemalangan dan kita mohon saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Segala maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Trafik, R Navalan di talian 014-2536820 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga yang membenarkan anak mereka memandu tanpa lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM2,000.





Pelajar Tingkatan Enam ditahan terbabit pecah rumah

Pelajar Tingkatan 4 maut nahas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker