Penceroboh Israel bunuh rakyat Palestin di Tebing Barat

Penceroboh Israel bunuh rakyat Palestin di Tebing Barat
Orang ramai mengusung jenazah warga Palestin, Ali Harb, 27, yang mati ditikam warga Israel yang menceroboh tanah milik keluarganya. – Foto AFP

Penceroboh Israel bunuh rakyat Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH: Seorang warga Israel semalam menikam mati seorang warga Palestin di Tebing Barat yang diceroboh, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Mangsa, yang ‘ditikam tepat bahagian jantung oleh seorang penceroboh’, dikenal pasti sebagai Ali Harb, 27, dari Kampung Iskaka, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, sepupu Harb, Firas Naim, memberitahu AFP pasukan keselamatan Israel hadir ketika Harb dibunuh.

Naim berkata, dia dan ahli keluarganya termasuk Harb, pergi ke tanah milik mereka selepas mendapat maklumat ada penceroboh Israel sedang memasang khemah di situ.





Setibanya di sana, Naim berkata mereka berdepan dengan tentera Israel dan pengawal keselamatan penempatan, yang kemudian melepaskan tembakan ke udara.

“Selepas mereka menembak ke udara, peneroka itu menyerang… kami hanya berdiri di sana dan seorang peneroka datang dan menikam Harb dengan pisau di bahagian tepi badan tanpa sebarang sebab,” katanya dengan pakaian masih berlumuran darah.


Disyorkan Untuk Anda :


Tambah beliau, tentera Israel menghalang mereka daripada mendekati Harb selepas dia dicederakan.

Sementara itu, polis Israel berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai perbalahan antara penduduk Palestin dan Israel berhampiran penempatan Ariel di tengah Tebing Barat.

“Pasukan polis tiba di lokasi jenayah, di mana seorang warga Palestin cedera parah dan dibawa ke hospital, nampaknya dia ditikam,” katanya.





Polis berkata serangan itu sedang disiasat, dan ‘identiti penyerang masih belum diperoleh dan tidak jelas’.

Israel merampas Tebing Barat serta timur Baitulmaqdis dari Jordan pada 1967 dan sejak itu, hampir sejuta warga Israel berpindah ke penempatan di tebing Barat, yang kebanyakan masyarakat antarabangsa menganggap sebagai pencerobohan haram.

Secara umumnya, penceroboh Israel kerap dituduh melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin ketika mahu merampas tanah mereka.

Pihak berkuasa Israel termasuk pasukan keselamatan dan sistem keadilan, dikritik kerana menutup mata terhadap keganasan penceroboh Israel terhadap rakyat Palestin.

Kumpulan Hak Asasi Israel, B’Tselem, mendokumentasikan lebih 600 kes keganasan oleh penceroboh Israel terhadap Palestin sejak 2020, termasuk hampir 200 serangan fizikal.





Semalam, pemerintah di Semenanjung Gaza, Hamas, mengutuk kes tikaman maut itu.

Pembunuhan itu adalah lanjutan daripada perang jijik dilancarkan oleh penceroboh terhadap rakyat Palestin dan hasil dasar Israel yang membenarkan peneroka ‘mengamalkan keganasan terancang’, kata gerakan Islam Palestin.

Ahad lalu, tentera Israel menembak mati seorang pekerja Palestin ketika dia melintasi halangan keselamatan di Tebing Barat.

Semakin banyak kematian berlaku di tengah-tengah lonjakan keganasan Israel-Palestin sejak kebelakangan ini. – AFP

 





Penceroboh Israel bunuh rakyat Palestin di Tebing Barat

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker