Remaja ditikam kunci, kena enam jahitan di kening

Remaja ditikam kunci, kena enam jahitan di kening
Nurul Najihah menerima enam jahitan di kening akibat ditikam seorang wanita menggunakan kunci kereta. – Foto ihsan keluarga

Remaja ditikam kunci, kena enam jahitan di kening

SUNGAI PETANI: “Kira-kira sebulan lalu, wanita itu bergaduh dan menendang perut kakak saya yang hamil sehingga mengalami keguguran,” kata Nurul Najihah Azizan, 18, mangsa yang cedera kening kanan akibat ditikam kunci kereta dalam pergelutan di Pantai Merdeka, dekat sini Ahad lalu.

Beliau berkata, kakaknya ada membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, namun enggan mengambil tindakan lanjut dan mengalah dengan suspek serta keluarganya.

“Jika diikutkan, pergaduhan antara kami dan wanita berkenaan sudah berlarutan sejak saya kecil tanpa diketahui punca, namun kami sekeluarga tidak ambil kisah dan enggan melayan kerenahnya.

“Kami tinggal sekampung dan setiap kali berselisih pasti ada sahaja kata-kata hinaan dan ejekan daripada wanita terbabit tanpa diketahui punca,” katanya ketika dihubungi hari ini.





Mengimbas kembali kejadian sehingga tercetusnya pergaduhan yang videonya tular di media sosial, Nurul Najihah berkata dia ketika itu sedang menuju ke gerai menjual mainan milik kakaknya.

“Saya baru pulang dari Alor Setar dan terus menuju ke gerai kakak sebelum berselisih dengan wanita terbabit yang secara tiba-tiba memaki hamun dan menghina kakak tanpa sebab.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya mempersoalkan tindakannya yang menghina kakak sebelum dia secara tiba-tiba naik angin dan mengamuk serta menolak troli sehingga berselerak barang jualan,” katanya.

Menurutnya, ketika itu juga dia terus diserang wanita berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara mereka sebelum ia dileraikan pengunjung yang berada di lokasi kejadian.

“Ketika bergelut, saya ditumbuk wanita berkenaan yang ketika itu menggenggam kunci kereta sehingga membuatkan kening kanan berdarah.





“Kejadian menyebabkan kening kanan mengalami luka yang agak dalam dan saya terpaksa menerima enam jahitan,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Terdahulu, rakaman video berhubung insiden terbabit yang memaparkan aksi pergaduhan remaja perempuan dan seorang wanita tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata suspek yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator kilang kini direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, siasatan mendapati kes berkenaan berpunca daripada suspek yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan yang dijalankan,” katanya.

ISTERI SHUK PILIH ‘KUNCI MULUT’





Remaja ditikam kunci, kena enam jahitan di kening


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker