Russia ancam Lithuania ‘tanggung akibat’ sekat laluan kereta api

Russia ancam Lithuania 'tanggung akibat' sekat laluan kereta api
Kereta api barang tiba di stesen Kybartai, sempadan antara Kaliningrad dan Lithuania, salah satu laluan yang dikenakan sekatan bagi kereta api dari Russia sejak Rabu, susulan keputusan Kesatuan Eropah. – Foto EPA

Russia ancam Lithuania ‘tanggung akibat’ sekat laluan kereta api

KYIV: Russia semalam mengancam memberi pengajaran kepada Lithuania berikutan tindakannya menyekat beberapa laluan kereta api ke sebahagian wilayah Moscow di Laut Baltik dalam kawasan Kaliningrad.

Pertikaian terbaru mengenai sekatan yang dikenakan susulan pencerobohan Ukraine, Russia memberi amaran Lithuania akan menerima ‘kesan negatif serius’ akibatnya.

Di Ukraine, tentera Russia dan proksi pemisah mereka bertindak mara lebih jauh di timur ke arah Lysychansk, yang kini kubu utama Kyiv di kawasan pertempuran paling sengit di wilayah timur Donbas yang dituntut Moscow untuk puak pemisah.

Ukraine, yang tenteranya tersekat dan senjatanya semakin terhad akibat serangan besar-besaran Russia, merayu Barat untuk menghantar lebih banyak artileri yang lebih canggih.





Menteri Pertahanannya, Oleksiy Reznikov, semalam mengumumkan ketibaan kereta kebal berkuasa tinggi howitzer buatan Jerman.

Sambil menyalahkan sekatan Barat, Russia mula mengepam bekalan gas yang semakin susut ke Eropah melalui Ukraine.

Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck, berkata aliran gas yang berkurangan itu sama dengan serangan ekonomi ke atas Jerman yang ‘tidak seharusnya dibenarkan berjaya’.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Tumpuan diplomatik sudah beralih ke wilayah Kaliningrad Russia, sebuah pelabuhan Laut Baltik dan kawasan luar bandar di sekelilingnya yang didiami hampir sejuta warga Russia.





Ia disambungkan ke seluruh Russia melalui rangkaian kereta api merentasi Lithuania, yang juga negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Lithuania menutup laluan pengangkutan keluli dan logam lain, yang negara itu mendakwa perlu dilakukan di bawah sekatan EU yang berkuat kuasa Sabtu lalu manakala pegawai Russia mendakwa barangan keperluan asas lain juga disekat.

Semalam, Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Nikolai Patrushev, melawat wilayah berkenaan bagi mempengerusikan mesyuarat keselamatan di sana.

Beliau berkata, tindakan Lithuania menunjukkan Russia tidak boleh mempercayai Barat, yang menurutnya sudah melanggar perjanjian bertulis mengenai Kaliningrad.

‘Russia pasti bertindak balas ke atas tindakan bermusuhan seperti ini, langkah sesuai sedang diusahakan dan akan mengakibatkan kesan negatif yang serius kepada penduduk Lithuania,” katanya tanpa mengulas lanjut, yang dipetik agensi berita negara, RIA.





Sementara itu, Perdana Menteri Lithuania, Ingrida Simonyte, berkata adalah luar biasa bagi Russia mengadu dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa, sedangkan negara itu terlebih dulu melanggar ‘setiap perjanjian antarabangsa’.

Semalam, Moscow memanggil utusan EU, Markus Ederer, ke Kementerian Luar Russia untuk memberi penjelasan.

Jurucakap EU, Peter Stano, berkata Ederer pada mesyuarat itu, meminta Russia jangan mengambil langkah yang boleh memburukkan keadaan.

EU berusaha mengalihkan tanggungjawab daripada Lithuania dengan berkata dasar itu adalah tindakan kolektif oleh blok itu. – REUTERS

China gantung import daging lembu Lithuania





Russia ancam Lithuania ‘tanggung akibat’ sekat laluan kereta api


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker