Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq

Hari ini, 21 Jun 2022, dengan rasminya Presiden MUDA yang juga merupakan mantan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bergelar kluster mahkamah.

Perbicaraan 4 pertuduhan pecah amanah dana PPBM dan juga AMLA Syed Saddiq mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes itu akan didengar oleh Hakim Azhar Abdul Hamid pada 9 pagi.





Mahkamah menetapkan 21 dan 22 Jun, 4 hingga 8 Julai dan 18 hingga 22 Julai 2022 untuk mendengar kes tersebut.

Pihak pendakwaan akan memanggil 40 saksi pada perbicaraan kes itu.

Untuk pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu.

Beliau yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Untuk pertuduhan kedua pula, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri.





Iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Untuk 2 pertuduhan tersebut, beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 6 bulan dan maksimum 5 tahun dengan sebatan DAN boleh dikenakan denda.

Syed Saddiq Juga Berhadapan Dengan Kes AMLA

Selain itu, beliau juga dituduh 2 lagi pertuduhan berasingan di bawah AMLA.





Beliau dituduh memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun MBB Islamic miliknya ke akaun ASB juga miliknya.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Sebelum ini Syed Saddiq sering melabelkan pemimpin UMNO yang menghadapi pertuduhan di mahkamah sebagai kluster mahkamah.





Kini secara rasminya beliau sendiri telah ‘melayakkan’ diri untuk bersama-sama kluster mahkamah.

 

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker