SHAHRULEZAD SELAR TINDAKAN BEBERAPA PENGGUNA LAMAN SOSIAL
HINA ALLAHYARHAM ADIBAH NOOR
SHAHRULEZAD SELAR TINDAKAN BEBERAPA PENGGUNA LAMAN SOSIAL
“Kenapa kita mudah sangat menjatuhkan hukuman kepada orang lain tapi dalam pada masa yang sama kita takut orang menghakimi tindak-tanduk kita? Kita kecam orang boleh. Orang kecam kita ‘hell no’,” ujar penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang tampil menyelar tindakan beberapa pengguna laman sosial yang menulis komen kurang baik serta berbaur hinaan terhadap Allahyarham Adibah Noor.
Shahrulezad menerusi hantaran di Facebook turut mempersoalkan sikap dan tindakan warganet yang mudah untuk menilai dan menjatuhkan hukum berdasarkan keperibadian orang lain.
Shahrulezad ketika dihubungi berkata, hantaran itu tidak hanya ditujukan kepada mereka yang meninggalkan komen negatif selepas pemergian Allahyarham Adibah Noor saja, malah ia sebagai respons dan teguran umum daripada dirinya.
“Status itu memang ditujukan kepada mereka yang beri komen tidak baik kepada arwah dan ia juga untuk netizen yang suka menilai dan menghukum orang.
“Mungkin orang macam ini fikir Allah itu tidur dan tak tahu apa mereka buat. Siapa kita nak menghukum orang yang dah tak ada, sebab kita tak tahu apa kebaikan yang mereka buat.
“Saya geleng kepala bila baca komen itu. Mereka tak fikir ke perasaan ahli keluarga atau kawan-kawan arwah bila baca komen macam itu. Bayangkan kalau perkara sama dikatakan pada orang yang komen itu. Apa yang keluarga dia rasa?” tuturnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.
Antara komen jelik yang ditulis warganet adalah mengenai penampilan Allahyarham semasa hayatnya selain menyatakan dia perlu menjawab di akhirat nanti.
SHAHRULEZAD SELAR TINDAKAN BEBERAPA PENGGUNA LAMAN SOSIAL
Disyorkan Untuk Anda :
- Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor
- Muhyiddin Tetap Mahu Zuraidah Di Gantikan Dengan Ahli Parlimen PPBM
- Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor
Disyorkan Untuk Anda :
- Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq
- Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?