Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?

Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?

Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?

Menurut seorang pegawai polis, Joeking Saiful (nama samaran FB) kes pendakwaan DS Zahid dan Ultra Kirana Sdn Bhd menyerupai menyerupai jalan cerita ‘The Untouchable’.

Pengganas Chicago yang terkenal Al Capone telah dipenjarakan kerana bukti rekod transaksi haramnya tercatat di dalam buku lajer.

Buku-buku lajer UKSB telah lama menjadi bahan perbualan dalam kalangan ahli politik.





Terdapat banyak spekulasi mengapa syarikat yang dikenali sebagai ‘Bendahari Politik’ Khairy, Wan Quoris @ Wan Badak (pengarah) boleh mengaitkan DS  Zahid.

UKSB telah dianugerahkan kontrak untuk mengendalikan visa luar negara semasa Hishamuddin memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Khabar angin telah lama tersebar mengenai orang yang dikaitkan dengan Hishamuddin dan Khairy telah menerima sumbangan politik daripada Wan Badak.

Saksi ke-15, Harry Lee Viu Khium memberi keterangan di mahkamah bahawa DS Zahid telah menerima ‘sumbangan politik’ beberapa ratus ribu dolar Singapura.

Harry Lee mendakwa ianya diberi secara bulanan dalam bentuk tunai selama bertahun-tahun.





Beliau mendakwa jumlah keseluruhan dianggar lebih daripada S$13.5 juta.

Anggaran keuntungan kasar terkumpul UKSB sepanjang operasi cuma lebih sedikit daripada RM8 juta.

Pelbagai alasan atau persepsi boleh dicipta untuk menjelaskannya.

Tetapi dakwaan wang itu dibawa dari Hong Kong sangat menarik kerana telah menimbulkan lebih banyak persoalan.

Anwar Ibrahim merasakan kes ini tidak disiasat secara menyeluruh.





Cuma apa yang tidak beliau nyatakan adalah ia kes penganiayaan politik dan pendakwaan terpilih.

Pendedahan Nama Penerima Mengejutkan Banyak Pihak

Sebaik sahaja saksi ke-17, David Tan, memberi keterangan, identiti nama samaran penerima berserta jumlah yang diterima telah didedahkan.

DS Zahid telah diletakkan di bawah nama jolokan ‘Monster,’ ‘YB’ dan nama-nama lain.

Khairy Jamaluddin pula sebagai ‘Alamak’, ‘KJ’ dan lain-lain.

Terdapat senarai panjang dan lebih banyak lagi akan didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang akan datang.





Dalam satu keterangan, David Tan mendakwa S$900,000 telah dikeluarkan dan S$300,000 telah diberikan kepada Zahid.

Persoalannya, ke manakah perginya baki RM600,000?

Siapa pula penerimanya atau ianya digunakan untuk urusan syarikat?

Adakah SPRM Sengaja Menyembunyikan Beberapa Fakta Kes?

Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?

Adakah siasatan SPRM di bawah Shukri Abdull tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perkara ini?





Bagaimana pula Latheefa Koya yang dilantik menggantikan Shukri Abdull.

Beliau bertanggungjawab membuka semula penyiasatan 2018 untuk pertuduhan pada Jun 2019?

Adakah beliau menyelidiki lebih lanjut persoalan yang tidak terjawab itu?

Atau sengaja membiarkan persoalan ini dengan niat tertentu?

Daripada kesaksian Fathil, Henry, Wan Quoris dan David, kesemuanya senada mengatakan ia adalah derma politik.

Henry dan Wan Quoris bertanggungjawab menguruskan penghantaran.

Ianya sama ada terus kepada penerima atau kepada wakil atau meninggalkan beg itu di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri DS Zahid.

David Tan hanya merekodkan transaksi dan sama ada ia telah dihantar kepada orang yang dirakam, dia tidak dapat mengesahkannya.

Walaupun Henry dan Wan Quoris tidak dapat mengingati butirannya, tetapi mereka dapat mengingati DS  Zahid.

Senarai panjang nama ahli politik yang menerima derma politik tersebut telah didedahkan.

Mengejutkan, ianya termasuk bekas KSU yang ketika itu mengetuai Jabatan Imigresen, Alias ​​Ahmad juga menerima wang.

Nama yang sama menjadi saksi pertama dalam kes solar DS Rosmah Mansor.

Banyak Keterangan Memerlukan Siasatan Yang Lebih Lengkap

Sangat menarik…

Berdasarkan rekod serahan wang dan David sebagai pencatat lajer mengesahkan, ia dianggap sebagai bukti di bawah Kanun Prosedur Jenayah.

Sebagai respon segera, Muhyiddin cuba menafikannya dengan membuat kenyataan media.

Tetapi ianya hanya mendedahkan satu lagi pendustaan Muhyiddin apabila keterangan beliau ternyata tidak tepat.

Anifah Aman pula menafikan menerima RM500,000 sebulan, malah menafikan sekeras-kerasnya pernah berjumpa dengan David Tan.

Dalam keterangan di mahkamah, David Tan telah memberitahu bahawa RM500,000 itu adalah ‘untuk China’.

Bukan untuk menafikan bagi pihak Anifah, tetapi secara logiknya, kenyataan itu boleh diragui.

Anifah masih dihormati oleh diplomat dan duta asing termasuk dari China dalam hal hubungan antarabangsa.

Jika dia rasuah, tidak mungkin dia akan mendapat penghormatan sedemikian.

Mungkin hujah tersebut kedengaran agak longgar tetapi kita semua tahu betapa kerasnya sikap China terhadap rasuah.

Dan kenyataan David Tan mengenai ‘untuk China’ sepatutnya telah dirungkaikan di peringkat siasatan.

Ada juga teori yang mengaitkan bos Jabatan Imigresen Malaysia ketika itu Alias Ahmad.

Oleh kerana beliau juga ada dalam senarai penerima, adakah ia boleh didakwa sebagai rasuah yang dikutip di luar negara?

Rasuah untuk membolehkan pelancong China mendapatkan visa dan seterusnya tinggal di Malaysia selama-lamanya!!!

Mungkinkah ini adalah jenayah sebenar yang dilakukan?

Adakah ini merupakan satu lagi pendakwaan bermotifkan politik memandangkan senario yang agak serupa dengan 1MDB/SRC?

Mungkinkah saksi yang disebut itu diselamatkan daripada pendakwaan dengan syarat mengikut skrip untuk mengaitkan DS Zahid?

Tidak mustahil memandangkan nama samaran yang direkodkan adalah subjektif?

Fakta Pendakwaan Yang Menimbulkan Persoalan

Jangan lupa jumlah yang dituduh DS Zahid terima adalah jauh lebih besar dari keuntungan syarikat itu sendiri.

Muhyiddin hanya menerima RM1.3 juta sebagai Menteri Dalam Negeri di mana David nyatakan sebagai ‘kerajaan hari ini’.

Rasional pendakwaan, UKSB membayar DS Zahid sehingga S$13.5 juta, tetapi membayar Muhyiddin RM1.3 juta untuk meneruskan kontrak yang sama!!!

Bukan menafikan bayaran yang diterima Muhyiddin, tetapi rasional pendakwaan dalam kes ini sangat melucukan.

Perbandingan lain, Wan Quoris didakwa memberikan ‘ketua’ politiknya, Khairy, cuma RM3.7 juta.

Satu jumlah yang jauh lebih rendah daripada DS Zahid.

Adakah jumlah DS Zahid masuk akal?

Atau adakah ianya dicipta supaya kelihatan besar supaya ‘character assassination’ dapat dilakukan dengan lebih berjaya?

Pasti banyak lagi pendedahan yang mengejutkan dalam kes ini yang akan menarik lebih perhatian orang ramai.

Kita juga menanti Hishamuddin, Khairy, Reezal dan lain-lain yang diketahui mempunyai kaitan dengan Wan Quoris untuk membuat penafian mereka.

 

Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker