Singapura, Korea Selatan sahkan kes cacar monyet

Singapura, Korea Selatan sahkan kes cacar monyet
Gambar hiasan. – Foto REUTERS

Singapura, Korea Selatan sahkan kes cacar monyet

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan negara itu merekodkan kes import cacar monyet selepas pertama kali dikesan pada 2019.

Pesakit berkenaan adalah lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara dan berada di Singapura antara Rabu dan Jumaat lalu (15 dan 17 Jun).

Mangsa sekali lagi berada di Singapura pada Ahad lalu ketika penerbangan yang dinaikinya memasuki dan keluar dari negara itu, kata Kementerian Kesihatan Singapura malam tadi.

Dia memperoleh keputusan ujian positif cacar monyet pada Isnin lalu dan kini sedang dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID),





Kata kementerian itu, keadaan pesakit stabil dan ia memaklumkan usaha pengesanan kontak sudah dijalankan.

Seramai 13 kontak rapat dikenal pasti setakat semalam. Kesemua mereka ditempatkan di pusat kuarantin selama 21 hari sejak hari terakhir mereka berhubung dengan pesakit.


Disyorkan Untuk Anda :


Sementara itu, dua kontak berisiko rendah diletakkan dalam pengawasan menerusi telefon, kata kementerian itu.

Ia adalah jangkitan cacar monyet import pertama yang dikesan di Singapura sejak 2019, apabila seorang lelaki Nigeria disahkan positif.

Sementara itu, Korea Selatan hari ini melaporkan dua kes pertama disyaki virus cacar monyet di negara itu, sambil memaklumkan ujian diagnostik sedang dijalankan dan pihak berkuasa kesihatan akan mengadakan taklimat sebaik ujian selesai.





Salah seorang yang disyaki dijangkiti adalah warga asing yang dilaporkan menunjukkan gejala sejak Ahad lalu, memasuki negara itu pada Isnin lalu dan kini sedang dirawat di wad pengasingan di sebuah hospital di bandar Busan.

Seorang lagi mangsa warga Korea, menunjukkan simptom ketika memasuki negara itu dari Jerman pada petang semalam dan kini dirawat di Pusat Perubatan Incheon.

“Ujian diagnostik dan siasatan epidemiologi ke atas cacar monyet sedang dijalankan dan pihak berkuasa kesihatan akan segera mengadakan taklimat mengenai langkah susulan,” kata Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA) dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun KDCA, tidak memberikan butiran lanjut mengenai kedua-dua individu terbabit. – AGENSI

Lebih 200 kes cacar monyet dikesan seluruh dunia





Singapura, Korea Selatan sahkan kes cacar monyet

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker