SYAMSUL YUSOF TAMPIL NAFI DAKWAAN SUDAH BERTUNANG

PUTERI SARAH HARAP JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB

SYAMSUL YUSOF TAMPIL NAFI DAKWAAN SUDAH BERTUNANG

SYAMSUL YUSOF TAMPIL NAFI DAKWAAN SUDAH BERTUNANG

“Terima kasih mesej (DM) saya. Kalau betul Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulis pelakon Puteri Sarah di Instagram Story, berhubung dia menerima mesej peribadi (DM) yang berkongsi mengenai laporan portal hiburan yang mendakwa suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.

Memberi reaksi kepada kiriman DM itu, Puteri Sarah turut mengucapkan syukur jika apa yang dilaporkan itu benar. Puteri Sarah berkata, selain DM itu dia juga mendengar banyak khabar sama yang disampaikan orang sekeliling.

“Saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama dalam masa tempoh hari anak masuk hospital. Jadi, memang tak ambil tahu apa yang berlaku termasuklah isu ini (Syamsul dan Ira kahwin). Sejujurnya, saya tak nak peningkan kepala dengan isu ini. Saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang saja.





“Fokus pada kerjaya dan anak-anak. Selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah SWT. Apa pun saya berterima kasih kepada orang ramai yang ambil berat terhadap diri saya dan anak-anak,” ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Sementara itu, ditanya pula dakwaan terbaharu mengatakan Syamsul dan Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sudah bertunang, Puteri Sarah, 37, berkata dia tidak tahu menahu: “Saya tak tahu,” jelasnya ringkas.

SYAMSUL YUSOF TAMPIL NAFI DAKWAAN SUDAH BERTUNANG

Bagaimanapun, dakwaan sudah bertunang itu telah dinafikan oleh Syamsul, 38, ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp: “Hahaha. Ngaruikk (mengarut),” reaksi Syamsul.

Sebelum itu, satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya.





Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.


Disyorkan Untuk Anda :


“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.

Pada Mei lalu, muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha media mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri.

Bagaimanapun, ketika pratonton filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.

SYAMSUL YUSOF TAMPIL NAFI DAKWAAN SUDAH BERTUNANG





“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.

Iman Troye bertunang? Naim Daniel kata, hanya gurauan

SYAMSUL YUSOF TAMPIL NAFI DAKWAAN SUDAH BERTUNANG





 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker