Wakil Rakyat AS setuju bahas RUU keselamatan senjata api

Wakil Rakyat AS setuju bahas RUU keselamatan senjata api
Gambar fail menunjukkan demonstrasi membantah keganasan senjata api di Washington selepas kes tembakan rambang semakin meningkat di serata Amerika Syarikat. – Foto REUTERS

Wakil Rakyat AS setuju bahas RUU keselamatan senjata api

WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS) semalam membentangkan rang undang-undang (RUU) menangani keganasan senjata api yang kian mengancam negara itu.

Walaupun tiada pindaan drastik, usaha mereka meminda undang-undang menjadi lebih ketat, dipuji sebagai kawalan senjata api persekutuan yang pertama dalam satu generasi.

Kumpulan rentas parti yang bertungkus lumus selama berminggu-minggu bagi pindaan RUU itu yakin ia akan mendapat sokongan yang mencukupi di kedua-dua parti untuk membolehkannya dibawa ke meja Presiden AS, Joe Biden, seawal minggu depan.

“Perundangan keselamatan senjata api dua parti ini menunjukkan perkembangan yang akan menyelamatkan nyawa.





“Walaupun ia bukan segala-galanya yang dimahukan, undang-undang ini amat diperlukan,” kata ketua Senat Demokrat, Chuck Schumer, dalam satu kenyataan.

Anggota Senat dan Kongres juga sedar kelewatan meluluskan pindaan itu meningkatkan risiko pembunuhan seperti tragedi yang mengorbankan 19 kanak-kanak di Uvalde, Texas dan 10 warga kulit hitam di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, bulan lalu.


Disyorkan Untuk Anda :


Pindaan undang-undang kawalan senjata api persekutuan kali terakhir diluluskan pada 1994, yang mengharamkan pembuatan senapang serangan dan klip peluru berkapasiti besar untuk kegunaan awam.

Namun, ia tamat tempoh sedekad kemudian dan tidak ada usaha serius untuk melakukan pembaharuan sejak itu, walaupun purata harian kes tembakan besar-besaran meningkat dalam tempoh 11 tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata.

Kumpulan Senator dwipartisan bersetuju dengan rangka kerja pada 12 Jun lalu, merangkumi pemeriksaan latar belakang yang diperketatkan untuk pembeli berumur bawah 21 tahun dan pembiayaan untuk kesihatan mental dan program keselamatan sekolah.

Rangka tindakan itu juga memerlukan pembiayaan untuk memberi insentif kepada negeri-negeri supaya melaksanakan undang-undang ‘bendera merah’ untuk melarang pemilikan senjata api daripada orang yang dianggap sebagai ancaman. – AFP





Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

Wakil Rakyat AS setuju bahas RUU keselamatan senjata api


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker