YAKEB sumbang 10 kerusi roda kepada Yayasan IJN

YAKEB sumbang 10 kerusi roda kepada Yayasan IJN
Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (dua kiri), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi (tiga kiri) bersama wakil YAKEB selepas penyerahan 10 kerusi roda di IJN, hari ini. – Foto ihsan YAKEB

YAKEB sumbang 10 kerusi roda kepada Yayasan IJN

KUALA LUMPUR: Sebagai tanda membalas budi dan penghargaan atas sokongan serta bantuan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) hari ini tampil menyumbangkan sebanyak 10 kerusi roda kepada pihak berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi dalam satu majlis ringkas di IJN, di sini.

Norul Ariffin berkata sebelum ini, dua ahli YAKEB iaitu bekas penjaga gol hoki negara, Ahmad Fadzil Zainal Abidin dan Allahyarham Rehan Mohamad Din menerima bantuan daripada Yayasan IJN bagi mengurangkan beban mereka.

“Sumbangan Ini adalah untuk menghargai Yayasan IJN yang banyak membantu bekas atlet melalui YAKEB,” katanya selepas majlis berkenaan. “Kita ada dua bekas atlet iaitu Fadzil pada 2018 dan Allahyarham Rehan (2020) yang diberikan bantuan.





“Kita juga ada beberapa bekas atlet yang kita sudah berikan nama kepada Yayasan IJN dan mereka sedang meneliti bagaimana untuk dibantu. Ia akan dinilai sama ada layak atau tidak bagi mendapatkan bantuan.

“Untuk hari ini, YAKEB memberi 10 unit kerusi roda. Satu sumbangan yang kecil bagi saya kerana Yayasan IJN sudah banyak membantu dan mereka juga akan terus membantu YAKEB,”.

Disyorkan Untuk Anda :


 


Noorul Ariffin berkata pihaknya berharap akan ada lebih ramai pihak swasta ataupun badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu YAKEB dalam mengurangkan beban bekas atlet yang banyak mengerah keringat sebelum ini.

“Saya sangat berharap agensi lain tampil seperti Yayasan IJN membantu kami, membantu bekas atlet yang boleh dikatakan dalam 80 peratus adalah B40. Apatah lagi, ramai antara mereka kini jatuh sakit semenjak pandemik COVID-19 ini,” katanya.





Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi mengalu-alukan kerjasama diberikan YAKEB.

“Kita mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama yang mana-mana pihak boleh berikan. Sekiranya dilihat trek rekod Yayasan IJN sepanjang beberapa tahun ini, kalau tak banyak, sikit pun akan cuba dibantu pada yang memerlukan atau yang kurang berkemampuan di bawah Program Bantuan Pesakit.

“Kami akan cuba membantu berdasarkan kelayakan,” katanya.

Sekali Lagi Dr Mahathir Di Masukkan Ke IJN





YAKEB sumbang 10 kerusi roda kepada Yayasan IJN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker