ZAMANI BERUSAHA KUMPUL DANA
"SELAGI MAMPU BEKERJA, SAYA AKAN LAKUKAN WALAUPUN DIRI HAMPIR 24 JAM SAKIT"
ZAMANI BERUSAHA KUMPUL DANA
“Mengenai kesihatan saya yang terbaru agak kurang baik buat masa ini, cuma saya masih lagi keluar bekerja. Selagi mampu untuk bekerja dan saya akan lakukan walaupun keadaan diri sekarang ini hampir 24 jam sakit.
“Perut saya, belakang badan memang sentiasa sakit tapi saya hanya mengambil ubat penahan sakit dan ubat-ubatan lain yang doktor beri. Mungkin kalau tidak ada aral melintang, saya akan jalani satu pembedahan dan sampai waktu untuk saya lakukannya,” itulah kata penyanyi Zamani Slam.
Difahamkan, Zamani perlu menjalani pembedahan Skoliosis dengan kadar segera berhubung keadaan terkininya yang kelihatan semakin merosot. Ujar Zamani, keadaan tulangnya yang semakin membongkok menyukarkan dia untuk melakukan aktiviti seharian dan bekerja.
Zamani bakal menjalani pembedahan tulang belakang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan masih menunggu tarikh temu janji daripada pihak hospital dalam masa terdekat ini.
ZAMANI BERUSAHA KUMPUL DANA
Disyorkan Untuk Anda :
- Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq
- Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?