Zuraida jumpa Ismail Sabri pagi ini bincang kedudukan dalam Kabinet

Zuraida jumpa Ismail Sabri pagi ini bincang kedudukan dalam Kabinet
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka bertemu dengan Datuk Zuraida Kamaruddin pagi ini bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, susulan pengumuman peletakan jawatannya pada 26 Mei lalu.
Terdahulu, Zuraida dilihat memasuki pekarangan Perdana Putra jam 9.25 pagi tadi menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.
Beliau dijangka bertemu Ismail Sabri sebelum sesi mesyuarat Kabinet hari ini.
Pintu masuk ke Bangunan Perdana Putra sekali lagi menjadi tumpuan pemberita sejak pagi tadi.
Zuraida pada 26 Mei lalu dalam satu kenyataan media, mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Beliau kemudian menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Dua hari lalu, Zuraida dilaporkan berharap dapat mengekalkan jawatannya dalam Kabinet untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.
Semalam, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, parti itu tidak berganjak dengan pendirian bahawa kuota yang diduduki Zuraida sebagai menteri adalah milik parti berkenaan.
Zuraida jumpa Ismail Sabri pagi ini bincang kedudukan dalam Kabinet
Disyorkan Untuk Anda :
- Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq
- Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?