5 ditahan dalang kegiatan curi kenderaan lama

5 ditahan dalang kegiatan curi kenderaan lama

5 ditahan dalang kegiatan curi kenderaan lama

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita yang disyaki mendalangi kegiatan curi kenderaan lama untuk dijual sebagai besi buruk dalam serbuan berasingan di Ampang, Jinjang dan Wangsa Maju, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kegiatan kumpulan ini terbongkar selepas polis menerima laporan kehilangan dua kenderaan milik seorang lelaki di Bandar Baru Ampang pada jam 8 pagi, Sabtu lalu.

Katanya, mangsa yang berusia 54 tahun dan bekerja sebagai pemandu van menyedari dua kenderaan jenis Mitsubishi Tredia dan Mitsubishi Galant yang diletakkan di tepi jalan, hilang dipercayai dicuri.





“Berikutan itu, hasil siasatan dan risikan dijalankan, kita menahan seorang lelaki yang juga seorang peniaga berusia 42 tahun di Ampang, kira-kira jam 1 tengah hari Ahad lalu.

“Pihak polis kemudian dibawa ke sebuah premis menjual besi buruk di ibu negara dan merampas tiga kenderaaan terdiri dari sebuah lori serta sebuah Mitsubishi Galant, Mitsubishi Tredia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Menurut beliau, hasil soal siasat lanjut, polis menahan empat lagi suspek termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun di kawasan Jinjang, Wangsa Maju dan Ampang yang dipercayai rakan sejenayah suspek pertama

“Semakan mendapati dua suspek, masing-masing mempunyai lapan dan dua rekod lampau berkaitan dadah manakala suspek wanita, mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.





“Modus operandi kumpulan ini adalah dengan menarik kereta lama terutama yang diletakkan di tepi jalan untuk dijual sebagai besi buruk,” katanya.

Katanya, kesemua suspek kini direman sehingga esok untuk membantu siasatan dan soal siasat masih diteruskan untuk mengenal pasti pembabitan kesemua suspek dengan kes-kes lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun selain boleh dikenakan denda.

2 lelaki menyamar polis untuk samun ditahan





 

5 ditahan dalang kegiatan curi kenderaan lama

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker