Beza suhun dengan bihun
Beza suhun dengan bihun
Suhun dan bihun sama-sama makanan sumber karbohidrat yang rendah lemak. Kita boleh mendapat192 kalori, 44 gram karbohidrat, 1,8 gram serat, dan 33 mg natrium (garam) dalam 1 portion bihun seberat 180 gram. Dengan portion yang sama, suhun dapat menyediakan 121 gram karbohidrat, 291 kalori, dan 14 mg natrium.
Bagaimana dengan vitamin dan mineralnya? Bihun dan suhun keduanya diperkaya dengan vitamin B kompleks (termasuk niasin, riboflavin, dan folate) serta mineral seperti fosfor, kalsium, dan magnesium. .
Kandungan nutrisi bihun dengan suhun sebenarnya tidak jauh berbeza. Jumlah kandungan mineral suhun sedikit lebih baik dibanding dengan bihun.
Beza bihun dan suun ada di bahan dasarnya
Suun dan bihun yang sering juga disebut mee putih adalah dua jenis makanan dengan bahan dasar berbeza.
Disyorkan Untuk Anda :
- Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq
- Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?
Bihun dibuat dari tepung beras, sedangkan suun dibuat daripada pati kacang hijau. Anda juga boleh menemukan suun yang terbuat dari pati kentang, ubi, ataupun ubi kayu.
Dalam bentuk kering, bihun berwarna putih kusam dan teksturnya rapuh mudah patah. Sementara itu, soun kering berwarna putih transparent dengan tekstur kuat dan liat ketika masih kering.
Keduanya sama cukup direndam dengan air, tapi suun perlu direndam 5-15 minit sementara waktu perendaman bihun lebih singkat, iaitu 5-7 minit. Bihun dan suun boleh juga direbus, namun waktu yang diperlukan hanya sekitar 1 minit.
Setelah matang, suun jadi bertekstur licin dan mudah terputus, sedangkan tekstur bihun matang tidak selicin dan tidak mudah terputus seperti suun.
Bihun dan suhun termasuk makanan dengan indeks glikemik rendah, ia tidak membuat gula darah cepat melonjak naik setelah makan. Itu sebabnya kedua-dua suhun dan bihun putih ini selalu kita jadikan sebagai sumber karbohidrat pengganti nasi yang memiliki nilai IG tinggi (73). Walau bagaimanapun, nilai IG suhun jauh lebih rendah daripada bihun. Nilai glikemik bihun adalah 53, sementara nilai GI suhun adalah 39. Dan suhun kerapkali di jadikan menu untuk MEAL PLAN dalam program kita.
Nilai glisemik bihun dan suhun boleh meningkat dengan teknik masakan yang salah. Misalnya, bihun atau suhun yang direbus dan dijadikan sup tetap termasuk makanan glikemik rendah tetapi jika digoreng dengan minyak dan ditambahkan daging, tentu kalori makanan juga ikut bertambah dan akhirnya memengaruhi nilai glikemik makanan tersebut.
Beza suhun dengan bihun
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius