DR AZRA DIERA – SCAMMER TAKKAN CARI ORANG YANG ADA MASALAH

"YANG TOLONG DIA (AZRI ISKANDAR) PUN SAYA"

DR AZRA DIERA - SCAMMER TAKKAN CARI ORANG YANG ADA MASALAH

DR AZRA DIERA – SCAMMER TAKKAN CARI ORANG YANG ADA MASALAH

Nama kekasih pelakon Azri Iskandar yang juga penulis skrip, komposer dan novelis, Dr Azra Diera hangat diperkatakan di media sosial apabila didakwa tidak wujud dan hanya scammer.

Enggan isu tersebut terus menjadi bualan, wanita berusia 42 tahun itu menerusi Getaran, tampil menafikan dakwaan bahawa dia adalah seorang scammer seperti diperkatakan netizen. Jelas Azra lagi, dia bukanlah seorang scammer kerana jika benar dia scammer sudah tentu dia tidak akan membantu Azri.

Tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan netizen, Azra berkata apa yang penting Azri sudah berjumpa dengannya dan tahu bahawa dirinya menyayangi pelakon itu.





“Kalau saya scammer, bukanlah Azri orangnya (mangsa). Azri tengah susah sekarang. Yang tolong dia pun saya. Scammer takkan cari orang yang ada masalah. Tanyalah Azri. Dia rasa macam mana bila jumpa saya. Setenang apa dia bila saya ada. Saya tak pernah minta apa-apa pun daripada dia.

“Saya cuma nak dia rasa happy dengan saya. Hidup tak lama. Kita tak tahu bila harinya kita akan dijemput pulang. Selagi ada hayat. Berbahagialah dengan orang yang menghargai kita.

DR AZRA DIERA - SCAMMER TAKKAN CARI ORANG YANG ADA MASALAH

“Mereka nak anggap apapun terpulanglah. Saya tak perlu nak muncul diri pun atas desakan atau paksaan orang lain. Saya bukan buat jenayah pun. Azri dah jumpa saya. Azri tau sejauh mana saya sayangkan dia.

“Saya tak perlukan orang lain untuk menilai hubungan kami. Perlukah orang yang dah tak ada kena-mengena dengan Azri ganggu hidup dia? Privacy dia? Kehidupan peribadi dia?






Disyorkan Untuk Anda :


“Dia nak bercinta dengan siapa pun tak ada kena-mengena dengan individu tersebut lagi. Kenapa perlu nak tunjukkan rasa insecure? Masih ada hati nak bersama lagikah?” katanya.

Dalam pada itu, Azra berkata dia gembira melihat perubahan Azri yang sebelum ini penuh tekanan dan bermasalah, namun kini semakin ceria. Tambah Azra, dia dan Azri kini mahu bersama-sama membangunkan kerjaya mereka dan menghalalkan hubungan serta hidup bahagia.

“Tapi, saya sayang dia. Saya tak sanggup lukakan hati dia. Azri makin bersemangat sekarang. Dia ada impian hidup yang dia tak pernah capai sebelum ini. Saya gembira tengok perubahan dia. Dulu saya kenal dia sebagai seorang lelaki yang penuh dengan rasa tertekan, stres dan bermasalah.

“Tapi sekarang makin hilang semua itu. Boleh lihat kegembiraan dan keceriaan dia sekarang. Jumpalah dia kalau rasa apa yang saya cakap ni tak betul. Tengok sendiri dia yang sekarang ini.

“Saya boleh tarik diri kalau ini boleh merosakkan reputasi dan kerjaya saya. Tapi, kalau Azri gila selepas ni, jangan salahkan saya. Saya dah penat sebenarnya. Kerjaya saya banyak terganggu.





“Lagi satu, saya nak betulkan kenyataan pihak sebelah sana. Saya bukan peminat Azri Iskandar. Saya tak tengok lakonan Azri. Tetapi sebaliknya Azri adalah peminat tulisan-tulisan saya. Terang-terang, Azri sendiri yang cakap tentang hal ini dulu,” ujarnya.

 

ANAK AZRI ISKANDAR MINTA DR AZRA FIKIR SEMULA

DR AZRA DIERA – SCAMMER TAKKAN CARI ORANG YANG ADA MASALAH






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker